fbpx
Now Reading
Abang Ipar Berhutang Jadi Punca Wanita Dirogol Bergilir-Gilir Ketika Tidur

Abang Ipar Berhutang Jadi Punca Wanita Dirogol Bergilir-Gilir Ketika Tidur

Abang ipar mangsa yang berusia 29 tahun berjaya ditahan jam 9.30 malam pada Sabtu (2 September) di sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu yang lalu, kecoh di media sosial tentang kes seorang wanita berusia 27 tahun dirogol bergilir-gilir di sebuah rumah yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah perbuatan terkutuk itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan kenalan abang ipar mangsa dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi pada 30 Ogos.

Sejak daripada itu, polis giat mengesan abang ipar mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Nuraffiq dan empat orang lagi suspek yang terlibat dengan kes tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Rogol Wanita Bergilir-gilir Di Wangsa Maju, Polis Cari Muhammad Nuraffiq

Abang Ipar Telah Ditahan Polis

Hasil kecekapan dan kepantasan pihak polis, abang ipar mangsa yang berusia 29 tahun berjaya ditahan jam 9.30 malam pada Sabtu (2 September) di sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju.

Suspek ditahan reman selama enam hari sehingga Jumaat ini (8 September) bagi membantu siasatan.

Hutang Jadi Punca Mangsa Dirogol, Suspek Minta Mangsa Tidak Kunci Pintu

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah, siasatan mendapati suspek membenarkan rakan merogol adik iparnya secara berkumpulan dan bergilir-gilir hanya kerana ingin melangsaikan hutang rakan.

Tambah beliau, abang ipar mangsa berhutang dengan salah seorang suspek yang masih bebas.

Malah, sebelum kejadian, suspek sempat menghubungi mangsa agar tidak mengunci pintu rumah hingga menyebabkan dia dirogol bergilir-gilir ketika sedang tidur.

Kes Disiasat Di Bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan)

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan). Sekiranya disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.

Polis turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, media melaporkan wanita dirogol bergilir-gilir oleh lima orang lelaki jam 3.30 pagi pada 30 Ogos yang lalu.

Ketika kejadian, tangan mangsa diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat oleh suspek yang juga merakam kejadian itu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.