fbpx
Now Reading
Kes Rogol Remaja Perempuan Bergilir-Gilir, 5 Lelaki Dicekup Polis

Kes Rogol Remaja Perempuan Bergilir-Gilir, 5 Lelaki Dicekup Polis

Menurut PDRM, awalnya sepupu kepada manga meminta pertolongan dari rakannya untuk menghantar remaja berkenaan pulang ke rumah sebelum dirogol lima lelaki berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula tumpang motosikal untuk pulang ke rumah di Telok Panglima Garang, seorang remaja perempuan kemudiannya dirogol oleh lima lelaki secara bergilir-gilir.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada jam 2 pagi, 29 Julai lepas dan remaja perempuan yang berusia 15 tahun itu merupakan seorang pelajar sekolah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.23 pagi, 1 Ogos yang dilakukan mangsa.

Sepupu minta tolong dari rakan hantar remaja pulang ke rumah

Berdasarkan siasatan mendapati sebelum kejadian berlaku, sepupu mangsa telah bertindak meminta pertolongan daripada rakan untuk menghantar pelajar tersebut ke Klang dari Telok Panglima Garang.

“Bagaimanapun, rakan sepupu mangsa hadir dengan menaiki motosikal dan membawa remaja berkenaan ke tempat lain iaitu sebuah rumah.

“Mangsa seterusnya diperkosa secara bergilir-gilir oleh lima suspek termasuk rakan sepupunya,” jelas Ahmad Ridhwan, lapor Kosmo.

Susulan daripada kejadian itu pihak polis kemudian telah menahan lima individu berusia dalam lingkungan 15 hingga 23 tahun.

2 daripada yang ditahan adalah pelajar sekolah

Jelas polis dua daripada lima suspek yang ditahan itu adalah pelajar sekolah.

Hasil ujian air kencing turut menunjukkan kesemua suspek negatif dan telah ditahan reman selama lapan hari di lokap Balai Polis Banting.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.”

Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.