fbpx
Now Reading
“Pak Lah Dimasukkan Ke IJN Kerana Masalah Paru-Paru” – KJ

“Pak Lah Dimasukkan Ke IJN Kerana Masalah Paru-Paru” – KJ

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi hantaran di Insta Story.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami ‘small spontaneous pneumothorax’ (masalah paru-paru) .

Menerusi hantara Insta Story, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga merupakan menantu kepada Abdullah, memaklumkan bahawa beliau telah dimasukkan ke IJN sejak semalam (24 April) dan mendapat rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU).

“Beliau berada dalam keadaan yang stabil dan masih berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN sekarang ini untuk pemantauan doktor,” maklum Khairy.

Pelawat Tidak Dibenarkan Buat Masa Ini

Katanya lagi, Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, berada dalam keadaan yang baik.

Walau bagaimanapun, Khairy memaklumkan bahawa negarawan itu memerlukan rehat secukupnya dan dinasihati oleh pihak IJN agar tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” katanya.

Sumber: @khairykj/ Instagram

Pak Lah Hidap Demensia Setelah Bersara

Pak Lah sebelum ini telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri kelima dari tahun 2003 hingga 2009.

Beliau juga dilaporkan menghidap demensia setelah menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) setelah bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Khairy ketika Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) pada September 2022.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.