fbpx
Now Reading
“Untunglah!” – Tular Lelaki Terlibat Kemalangan Dibantu Geng Senario, Siap Dapat Selfie [Video]

“Untunglah!” – Tular Lelaki Terlibat Kemalangan Dibantu Geng Senario, Siap Dapat Selfie [Video]

Selain Mazlan, Saiful dan Yassin, turut kelihatan dua selebriti yang juga penyampai radio iaitu Issey Fazlisham dan Fizie Roslan yang berada di tempat kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rezeki merupakan pemberian daripada Allah SWT, ia adalah sesuatu yang rahsia dan tidak boleh diduga dengan fikiran manusia.

Bukan hanya wang ringgit semata-mata, pelbagai cara dan bentuk rezeki yang diberikan oleh Allah SWT untuk setiap hambanya.

Rezeki selepas kemalangan dapat jumpa kumpulan Senario

Seperti baru-baru ini, siapa sangka rezeki seorang penunggang lelaki menemui sebahagian ahli kumpulan pelawak veteran, Senario selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil di sebuah Jalan di Kota Bharu, Kelantan.

Difahamkan, sebahagian ahli kumpulan Senario yang terdiri daripada Mazlan, Saiful Apek dan Yassin itu kebetulan berada di tempat kejadian semasa kemalangan berlaku menyebabkan mereka dengan segera turut menghulurkan bantuan.

Mazlan bantu kawal keadaan trafik siap buat bunyi trompet

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @scha.feeqa, kelihatan Mazlan atau Lan Pet Pet sedang mengawal trafik di jalan berkenaan selepas kemalangan terbabit sambil membuat bunyi trompet menggunakan mulutnya

Manakala, Saiful Apek dan Yassin pula dilihat sedang berada di sebelah mangsa yang berdiri berdekatan motosikal ditungganginya itu.

“Tengok, lepas ‘accident’ dapat ambil gambar,” seloroh Saiful Apek sebelum mereka semua tertawa bersama-sama.

Selfie beramai-ramai dengan mangsa kemalangan

Tidak lama selepas itu, Mazlan yang sedang memegang telefon bimbit telah berswafoto beramai-ramai bersama lelaki berkenaan.

Selain Mazlan, Saiful dan Yassin, turut kelihatan dua selebriti yang juga penyampai radio iaitu Issey Fazlisham dan Fizie Roslan yang berada di tempat kejadian.

Difahamkan, kesemua mereka berada di Kota Bharu selepas menghadiri program Malam Seni Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2024 pada 18 Mei lalu.

Netizen terhibur lihat telatah kumpulan Senario bantu mangsa kemalangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat telatah sebahagian ahli kumpulan Senario itu.

Malah mereka turut mendakwa rasa sakit yang dialami oleh penunggang lelaki berkenaan hilang selepas dibantu oleh Mazlan, Saiful dan Yasssin.

Nampaknya, masih ramai yang mengenali kumpulan lawak veteran ini, bahkan ramai yang merindui lawak jenaka mereka.

Video penuh klik di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.