fbpx
Now Reading
Eksperimen Sosial Uji Kanak-Kanak Ikut Orang Yang Tak Dikenali Jadi Perhatian [Video]

Eksperimen Sosial Uji Kanak-Kanak Ikut Orang Yang Tak Dikenali Jadi Perhatian [Video]

Rata-rata warganet yang menonton video itu menzahirkan kerisauan apabila melihat respon kanak-kanak tersebut selepas ‘dipancing’ dengan aiskrim walaupun ia hanya satu eksperimen sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, kanak-kanak sering menjadi mangsa dan sasaran penculik. Ini kerana sifat mereka yang naif memudahkan lagi kerja penjenayah untuk melakukan perbuatan itu.

Dengan hanya mengumpan makanan atau permainan kegemaran, ada segelintir kanak-kanak mudah percaya dan mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh penculik.

Oleh sebab itu, ibu bapa sering kali dinasihatkan agar sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak terutama ketika berada di khalayak ramai mahupun di tempat yang sunyi.

Malah, ibu bapa juga turut dinasihatkan mengajar dan menasihati anak mereka agar tidak mudah terpedaya dan mengikut orang yang tidak dikenali.

Bukan sahaja ibu bapa, namun terdapat pihak lain antaranya seperti guru, penjaga serta agensi yang turut mempromosikan kempen ‘stranger danger’ sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.

Pusat Beli Belah Buat Eksperimen Sosial Terhadap Kanak-Kanak

Menerusi akaun TikTok @ioicitymallmy, pusat beli-belah terbesar di Malaysia itu telah melakukan satu eksperimen sosial berkaitan ‘stranger danger’ atau bahaya orang yang tidak dikenali.

Eksperimen yang dilakukan itu bertujuan untuk melihat kesedaran orang ramai mengenai isu tersebut.

Melalui video yang dikongsikan, kelihatan seorang wanita berbaju putih menemu bual beberapa ibu bapa mengenai perkara itu.

Boleh dikatakan, kesemua ibu bapa yang ditemu bual mendakwa mereka sentiasa menasihat dan mengingati anak mereka tentang bahaya mengikut orang yang tidak dikenali.

Namun, ada juga segelintir yang risau sekiranya anak mereka terlupa dengan nasihat tersebut selepas diumpan dengan makanan kegemaran seperti gula-gula atau aiskrim.

Dengan izin ibu bapa, wanita berkenaan membuat eksperimen sosial bersama beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di Kiddytopia, IOI City Mall.

Majoriti Kanak-Kanak Pilih Ikut Orang Tidak Dikenali

Apa yang mengejutkan adalah majoriti kanak-kanak yang menjadi sasaran wanita cantik itu memilih untuk mengikutnya selepas diumpan dengan aiskrim kegemaran. Malah, ada yang turut membawa adik mereka bersama.

Namun, ada juga kanak-kanak yang dilihat tidak terpedaya dan terus berlari berjumpa ibu bapa mereka selepas didekati oleh wanita itu.

Walaupun dia dilihat berjaya mengumpan kanak-kanak berkenaan dengan aiskrim, namun dia terus membawa kanak-kanak terbabit kepada ibu bapa mereka.

Malah, kanak-kanak itu turut diberi nasihat dan peringatan agar tidak mudah mempercayai dan mengikut orang yang tidak dikenali.

@ioicitymallmy

What is ‘Stranger Danger’? Does your kid know about it? A social experiment in IOI City Mall. Apa itu ‘Stranger Danger’? Anak anda mudah percayakan orang yang tidak dikenali? Sebuah social eksperimen di IOI City Mall. #socialexperimen socialexperiment #ioicitymall #kiddytopia #strangerdanger #stranger #kid #schoolholiday #putrajaya #fyp

♬ original sound – IOI City Mall – IOI City Mall

Eksperimen Raih Pujian Dari Warganet

Video yang telah mendapat lebih dari 30 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai pihak. Rata-rata warganet menzahirkan kerisauan apabila melihat situasi tersebut walaupun ia hanya satu eksperimen sosial.

Bagi mereka, walaupun nasihat dan peringatan telah diberikan namun sikap naif kanak-kanak menyukarkan mereka untuk berkata tidak kepada orang yang tidak dikenali.

Malah, ada juga segelintir warganet yang sedih melihat perkara sedemikian berlaku kerana mereka membayangkan sekiranya kejadian itu benar-benar terjadi.

Pada masa yang sama, ada warganet yang memuji tindakan pusat beli belah terbabit melakukan eksperimen sedemikian sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.

Berikut antara komen warganet:

“Takutnya Kalau Jadi Betul-Betul. Budak-Budak Memang Tak Takut Dengan Stranger Langsung”

“Anak Saya Confirm Failed. Dia Ramah Dengan Semua Orang”

“Kalau Anak Aku Confirm Ikut, Sebab Diorang Mesra Alam”

“Nampak Lawak Tapi Bahaya. Ibu Bapa Kena Ajar Anak Macam Mana Abai & Menolak Dari Rumah Lagi”

“Yang Nampak Cantik Tu Kadang-Kadang Bahaya”

“Kena Pesan Beribu Kali Dengan Anak Penculik Boleh Jadi Cantik & Handsome Juga”

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 4 Tahun Jadi Hero Selamatkan Rakan Dalam Simulasi Culik Di Taska [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lakukan Simulasi Situasi Culik Pada Kanak-Kanak, Tadika Di Vietnam Undang Perhatian Orang Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.