Now Reading
[Video] CCTV Rakam Orang Utan Guna Gergaji

[Video] CCTV Rakam Orang Utan Guna Gergaji

Satu kejadian yang sangat luar biasa berlaku apabila sebuah CCTV berjaya merakam situasi yang sangat luar biasa di mana seekor orang utan dilihat menggunakan gergaji untuk memotong ranting kayu. Rakaman tersebut menunjukkan seekor orang utan memotong ranting pokok dengan menggunakan gergaji di tangan kanannya dan menjadikan kaki kirinya sebagai penahan ketika memotong ranting kayu tersebut.

Seperti juga manusia, orang utan itu juga dilihat meniup serbuk pada ranting pohon tersebut untuk membersihkan kotoran serta memudahkan kerja menggergaji. CCTV yang disembunyikan itu merupakan salah satu program televisyen yang disiarkan di saluran BBC bertajuk “Spy In The Wild”. Rancangan ini memaparkan tentang kebijaksanaan dan kecerdasan hidupan liar di dalam hutan.

Dari laporan www.express.co.uk, juru cakap untuk program tersebut menjelaskan tiada seorang pun yang mengajar orang utan itu menggunakan gergaji tersebut dan ianya berlaku secara spontan serta amat memeranjatkan seluruh kru produksi yang melihat rakaman CCTV itu.

 

See Also

Sumber:

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.