fbpx

Shahir AF Tak Bayar Hutang?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut” adalah ayat dalam al-Quran mengenai hutang. Seorang artis dikatakan tak membayar hutangnya kepada seorang wanita walaupun telah diminta berkali-kali.

Shahir AF dikatakan berhutang dengan Raudhatul Ain Rosni dan didakwa tak membayar hutang seperti yang dijanjikan.

Luahan wanita dikenali sebagai Ain itu menarik perhatian ramai kerana tertanya-tanya apakah hubungan mereka berdua serta berapakah jumlah yang dihutang oleh penyanyi tersebut.

Malah, Ain turut memuatnaik gambar perbualan Whatsapp bersama Shahir bagi mendapatkan penjelasan daripada artis tersebut namun dikatakan sehingga kini masih tiada penjelasan yang diberi.

Selain itu, terdapat seorang lelaki bernama Azim Azizan memberi komen di gambar perbualan tersebut dan dikatakan turut mengalami situasi yang sama seperti Ain.

Nampaknya kes hutang semakin serius apabila Azim mendakwa kereta yang disewa kepada Shahir hanya dibayar sebulan saja sedangkan bayaran sudah empat bulan tertunggak.

Berikutan itu, pelbagai reaksi diterima mengenai isu ini. Ada yang menyokong tindakan Ain dan bermacam-macam lagi.

Diharap Shahir cepat memberi penjelasan kepada orang ramai agar tak timbul pelbagai spekulasi mengenai isu ini.

Sumber: Fb Raudhatul Ain Rosni

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.