Now Reading
Mawar Rashid, Raden Yaakob Nikah Petang Ini

Mawar Rashid, Raden Yaakob Nikah Petang Ini

Bakal melangsungkan majlis pernikahan pada petang ini, Mawar Rashid akui perasaannya bercampur baur, berdebar tetapi turut sama teruja menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Raden Yaakob. Difahamkan pasangan ini akan melangsungkan majlis di sebuah hotel terkemuka.


“Saya teruja dan gementar untuk melalui fasa baru dalam hidup. Tanggungjawab selepas ini tentunya lebih besar dan saya punya impian untuk bergelar isteri yang solehah. Saya berharap majlis pernikahan berjalan lancar”

“Sebenarnya saya lebih gementar berbanding Raf. Saya tanya kepadanya tidakkah dia gemuruh, dia kata tidak sabar untuk bergelar suami serta mahu susah dan senang bersama saya”
Selain itu, Mawar turut berkongsi tentang persiapan perkahwinan yang akhirnya sudah sampai ke penghujungnya. Apa yang menariknya, disebabkan Mawar dan Raden masing-masing mempunyai darah campuran, mereka memutuskan Jawa Tradisional sebagai tema majlis petang ini.


“Saya sangat teruja kerana saya dan Raf mempunyai latar belakang keluarga yang berdarah campuran. Ibu saya darah campuran Melayu-Thailand manakala ibu Raf dari Indonesia. Jadi kami gabungkan setiap tradisi masing-masing dalam setiap majlis yang diadakan,” jelasnya kepada Harian Metro.


Untuk pengetahuan semalam, pasangan ini sempat menjalankan majlis bersiram dan berinai. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar kemeriahan majis tersebut. 

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.