Now Reading
Dulu Dikecam, Kini Alicia Amin Dipuji

Dulu Dikecam, Kini Alicia Amin Dipuji

Mungkin tak semua orang kenal dengan model bernama Alicia Amin ini tapi dia berjaya memasuki pertandingan Asia’s Next Top Model (ANTM) musim ke-5 dan pernah berlakon dalam satu drama tempatan.

Pada mulanya, dia dikecam teruk kerana selalu mengambil gambar seksi hingga tular di laman sosial. Agak teruk juga dia dikecam kerana mendedahkan tubuh badannya untuk sesi fotografi.

Kini, selepas dia menjalani sesi penggambaran bersama majalah GLAM, ramai yang mula melihat kecantikan gadis tinggi lampai dari sisi yang berbeza.

Alicia kelihatan sungguh elegan menggayakan pakaian berwarna merah dan pakaian berwarna hitam membuatkannya kelihatan classy.

See Also

Malah, dia juga mempunyai semakin ramai peminat yang menyokong kerjayanya.

Bukan mudah untuk menjadi seorang model antarabangsa. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka ialah tanggapan masyarakat terhadap diri mereka atau mungkin sukar untuk masyarakat menerima sesuatu yang luar biasa bagi mereka.

Sumber: IG Alicia Amin

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.