Mira Filzah Tak Kecil Hati Dikecam
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pakaian yang digayakan artis semasa majlis Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) baru-baru ini banyak yang menarik perhatian peminat dan salah satunya ialah Mira Filzah.
Gadis manis itu mendapat perhatian kerana pakaian yang digayakannya dikatakan menyerlahkan warna kulitnya.
Menurutnya, inner yang dipakai oleh pelakon dan pengacara berusia 24 tahun itu sebenarnya berwarna kuning gelap.
Tambahnya, dia faham apa yang dipakai oleh selebriti sepertinya pasti akan menjadi perhatian orang ramai.
“Mereka akan berminat untuk memberi komen. Cuma, apabila komen itu lebih ke arah kecaman dan negatif, saya tidak mahu ambil pusing,” jelasnya.
“Apatah lagi hendak berasa kecil hati kerana saya sedar zaman sekarang memang netizen sangat aktif memberi komen di laman sosial,” ujarnya.
Selain itu, Mira turut menerangkan bahawa pakaian dipakainya masih menepati ciri-ciri terbaik untuk gadis bertudung sepertinya dan digayakan bersama seluar jenis palazo serta tudung labuh menutupi dada.
Walau bagaimanapun, dia tetap menerima teguran dan pendapat yang diberikan dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Untuk pengetahuan anda, busana dipakai oleh Mira Filzah itu merupakan rekaan Syamil Fazwan.
Sumber: Harian Metro