fbpx

Abam Bocey Nikah Bulan Depan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai betul artis yang menamatkan zaman solo mereka pada tahun ini. Pelawak terkenal, Abam Bocey tak ketinggalan juga apabila memberitahu bakal berkahwin pada 8 Disember ini.

Abam bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang gadis bernama Hidayah, 26 tahun yang pernah dikenalinya dulu sejak tahun 2009 sebelum mereka lost contact seketika.

Sumber: fishtank.my

Menurutnya, bukan niat untuk menyorokkan perkara baik ini tetapi dia risau jika perancangan yang dirancang ini tak menjadi. Abam telah menghantar rombongan merisik kepada gadis itu pada September lepas.

“Bukan berniat untuk merahsiakan perkara tersebut, tetapi saya tidak mahu ‘kecoh’ dahulu kerana bimbang tidak jadi,” katanya.

Sumber: mynewshub.cc

Selain itu, dia memberitahu akan bertunang di sebelah pagi 8 Disember nanti dan bernikah pada malam tarikh yang sama bersama gadis pilihannya itu.

Tambahnya, majlis persandingan belah perempuan akan diadakan sehari selepas pernikahan di rumah keluarga perempuan iaitu di Sabak Bernam dan majlis resepsi belah lelaki akan diadakan di rumah Abam iaitu di Gombak.

Sumber: hmetro.com.my

Kini Abam sedang sibuk menjalani penggambaran di London untuk drama Tuyul Ke London selama 20 hari bersama Achey dan Atu.

Semoga persiapan berjalan lancar dan jaga diri di tempat orang, yela “darah manis” katakan.

Sumber: Astro Gempak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.