fbpx
Now Reading
As’ad Motawh Curi Perhatian Pelakon Indonesia

As’ad Motawh Curi Perhatian Pelakon Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun dirinya masih belum dikenali ramai, tetapi penyanyi muda As’ad Motawh, 16 tahun, mendapat tawaran berlakon semasa dia sedang mengadakan promosi lagu Senyum di Indonesia, bulan lalu.

Sumber: azhan.co

Pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad memberi tawaran berlakon kepada As’ad untuk membintangi filem terbaru terbitan produksi miliknya tetapi dia terpaksa menolaknya berikutan mahu fokus untuk mempromosi lagu single terbarunya, Senyum.

Difahamkan filem itu akan dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal Indonesia dan masih tidak mempunyai tajuk lagi.

“Lagi pula bila jadi pelakon perlu komitmen yang tinggi dan sekarang agak sibuk dengan rangka promosi lagu tersebut,” jelasnya.

Selain itu, As’ad akan pergi ke Singapura harini untuk mempromosi lagu Senyum di sana dan dia juga memberitahu akan keluar dengan single terbaru awal tahun depan.

“Alhamdulillah, sokongan terhadap lagu Senyum sangat baik dan jumlah penonton di YouTube juga bertambah,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.