fbpx
Now Reading
Kembar Redza Rosli Tak Sanggup Lihat Ibu Dihina

Kembar Redza Rosli Tak Sanggup Lihat Ibu Dihina

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat tajuk dalam sebuah blog mengundang salah faham orang ramai terhadap dirinya, seorang doktor pelatih dikritik teruk oleh warga laman sosial hingga membabitkan ibunya sekali.

Mohd Afiq Md Nor, 25 tahun, berkata dia menerima banyak kritikan selepas tajuk sebuah blog memberi maksud yang salah kepada orang ramai dan pihak portal hiburan itu telah memperbetulkan kenyataan mereka.

Sumber: mynewshub.cc

Afiq yang dikatakan mempunyai muka seiras pelakon Redza Rosli berasa marah dan sedih kerana orang ramai menghina ibunya buta dan rabun disebabkan tajuk tersebut yang berbunyi “Ibu Sendiri Turut Keliru”.

Sumber: mynewshub.cc

“Tolonglah hentikan, Ibu saya tidak bersalah dalam hal ini, saya harap netizen tidak melemparkan kata-kata kesat, kutuk sahaja saya bukan ibu,” luahnya.

Menurutnya, dia terpaksa menutup akaun laman sosial Instagram miliknya buat sementara waktu kerana dia sangat terkesan dengan apa yang terjadi.

Sumber: mynewshub.cc

“Saya bukan artis dan saya juga tidak bersedia jika keluarga saya dikecam seperti itu, jika saya seorang sahaja tidak mengapa,” jelasnya yang juga berlakon dalam drama Shh… I Love You sebagai doktor.

Kadang-kadang ada baik dan buruknya jika muka kita seiras artis. Ada saja yang tak kena di mata warga laman sosial zaman sekarang ni.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.