Now Reading
Shuib Tolak Dakwaan Dibuang Kerja

Shuib Tolak Dakwaan Dibuang Kerja

Selepas membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai penyampai radio di Sinar FM, pelawak Shuib Sepahtu dikatakan telah dibuang dari stesen radio tersebut.

Menurutnya, dia sudah lama merancang untuk berhenti kerja sejak tiga bulan lalu dan menolak dakwaan dia dibuang kerja.

Malah, dia juga meminta siapa yang tak mempercayainya bertanya kepada pihak produksi stesen radio untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

utusan.com.my

“Memang saya buat keputusan untuk tak nak sambung kontrak dengan Sepahtu Sinar. Keputusan ini sudah dirancang tiga bulan lalu,” jelasnya yang menyimpan rahsia keputusan itu bersama isteri, keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Anda pun tahu apa punca sebenar Shuib mengundur diri daripada menjadi penyampai radio. Dia mahu memberi perhatian terhadap perniagaannya dan menerima tawaran menjadi hos pada tahun depan.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.