fbpx
Now Reading
Starbucks Disaman RM59,000 Selepas Barista Letak Emoji Mata Sepet Di Cawan

Starbucks Disaman RM59,000 Selepas Barista Letak Emoji Mata Sepet Di Cawan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Mereka yang menggemari Starbucks pasti tahu setiap kali membuat pesanan air disana, para barista akan bertanyakan nama pelanggan untuk ditulis di cawan mereka.

Lebih dilihat sebagai cara untuk mendekatkan diri dengan pelanggan sekaligus menggembirakan mereka, kaedah sebegini juga lebih memudahkan para barista untuk mengenal pasti siapakah empunya cawan yang baru disediakan tersebut.

Namun siapa sangka hanya kerana menggantikan tulisan nama dengan emoji senyuman, sebuah rangkaian Starbucks di Dublin telah diarah membayar gantirugi kepada seorang pelanggan mereka.

Terasa dengan emoji tersebut, wanita berkenaan kemudiannya membuat aduan ke sebuah agensi penguatkuasa disana iaitu Suruhajaya Hubungan Tempat Kerja Ireland (WRC) yang akhirnya memutuskan rangkaian Starbucks tersebut bersalah.

Pegawai WRC, Kevin Baneham kemudian mengarahkan syarikat Atercin Liffey Unlimited yang mengusahakan Starbucks Tallaght yang terletak di Tallaght, Dublin untuk membayar €12,000 (RM59,008) kepada Suchavadee Foley, seorang warga Ireland yang berdarah Thailand.

Menurut Baneham, tindakan pekerja mereka, seorang wanita dari Brazil terhadap Suchavadee terlihap seperti ‘rasis’ memandangkan mereka menggunakan emoji bermata sepet pada cawan kopi latte yang dipesan wanita tersebut sewaktu kejadian pada 12 Januari 2021 itu.

Malah menurutnya, Suchavadee sewaktu membuat pesanan turut mengeja namanya bagi memudahkan pihak barista menulis namanya namun sebaliknya pula yang terjadi. Itu sekaligus melanggar akta sama rata, Equal Status Act di negara mereka.

Guna emoji kerana sukar mengenal nama

Namun disebalik dakwaan tersebut, barista disana kemudian menjelaskan dia terpaksa menggunakan emoji senyuman memandangkan dia sukar mengingat dan menyebut nama wanita berkenaan.

Dia yang baru berkerja di sana turut menafikan berniat rasis sewaktu menyediakan pesanan Suchavadee sebelum memohon maaf kepadanya.

Baneham yang bersetuju dengan kenyataan barista tersebut bagaimanapun berpendapat tindakan mereka telah memperkecilkan imej Suchavadee.

Pihak Starbucks kemudian turut membuat permohonan maaf kepada Suchavadee dan Baneham .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.