fbpx
Now Reading
‘Kontrak’ Tak Masuk Akal, Bapa Paksa Anak Sign Perjanjian ‘Tak Boleh Gemuk’ Dipenjara 30 Bulan

‘Kontrak’ Tak Masuk Akal, Bapa Paksa Anak Sign Perjanjian ‘Tak Boleh Gemuk’ Dipenjara 30 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Penjagaan badan adalah sangat penting untuk memastikan kita sentiasa sihat dan kurang terdedah dengan sebarang risiko penyakit. Tetapi ianya haruslah dilakukan dengan berpada-pada untuk mengelakkan perkara buruk lain pula yang berkemungkinan terjadi.

Di Windsor, Berkshire, England, seorang lelaki yang fanatik dengan kecergasan memaksa anak perempuannya menandatangani sebuah ‘kontrak’ perjanjian untuk tidak akan gemuk telah dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan.

Foto: Metro

Menerusi laporan Metro, Rachid Khadla, 56, telah menjalankan rejim diktator yang merisikokan nyawa tiga anaknya, Karim, Amira dan Hitcham. Ia termasuklah membenarkan ahli keluarga untuk mandi hanya dua kali seminggu dan bergelap sewaktu menonton televisyen.

Dia juga dikatakan sentiasa memastikan anak-anaknya tunduk dengan arahannya untuk menimbang berat badan pada setiap minggu.

Peminat fanatik kecergasan itu telah memerintah satu-satunya anak perempuan, Amira untuk menandatangani sebuah dokumen pada 2012 yang berbunyi seperti, “Saya tidak akan membiarkan diri saya gemuk. Saya akan melakukan banyak latihan kecergasan untuk memastikan saya tidak akan gemuk, walaupun saya mati.”

Foto: Metro

Seperti yang diberitahu kepada mahkamah Reading Crown Court, Amira dikatakan mengalami masalah gangguan pemakanan berpunca daripada penganiayaan tersebut.

Foto: Metro

Selain itu, Khadla turut difahamkan mengawal semua aspek kehidupan anak-anaknya termasuk akses internet, telefon bimbit dan kunci rumah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.