GSC Aurum, Pawagam Mewah Yang Boleh Jadi Port ‘Dating’ Atau Kejutan Buat Tersayang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kadang-kadang korang mesti buntu apakah jenis kejutan yang dapat korang lakukan untuk orang tersayang lagi-lagi pada hari yang istimewa .
Alih-alih buat perkara sama, belanja makan di mana-mana restoran dan kemudian tengok wayang . Kan?? Old fashion lah kawan !
Apa kata cipta kelainan dengan buat dua perkara dalam satu masa, tempat pun selesa. Tempat yang kami nak sampaikan ni memang Awesome habis!
Perkenalkan GSC Aurum Theatre!
Golden Screen Cinemas Sdn Bhd kini menawarkan pengalaman menonton movie secara mewah dan santai. Apa yang dimaksudkan dengan mewah dan santai? Dan apa kaitan ianya sebagai kejutan ataupun port menarik untuk berdating?
Aurum Theatre bukan sahaja menyediakan servis pembantu, dan tempat duduk yang super selesa. Disana juga terdapat pilihan minuman dan makanan ala-ala fine dining daripada Jin Gastrobar.
Sejauh mana keselasaan kerusinya? Tengok gambar di atas nampak dah selesa habis bukan?
Kerusi di Aurum Theatre direka khas secara eksklusif oleh jenama perabot gaya hidup mewah iaitu Getha. Bukan setakat boleh di sandar ya tuan-tuan dan puan-puan, posisinya juga boleh di ubah sehinggakan korang boleh berbaring!
Setiap tempat duduk turut dilengkapi bantal dan selimut daripada jenama Getha. Kebersihan? Usah khuatir, kerana segala sarung seperti di bantal dan tempat duduk serta selimut akan ditukar setiap kali habis tayangan bagi menjamin keselesaan penonton.
Selain itu setiap kerusi dilengkapi dengan kemudahan ‘wireless charger’ bagi telefon serta meja sisi dengan ruang penyimpanan serta lampu peribadi.
Berkaitan makanan pula, ini yang kami maksudkan lakukan 2 perkara dalam satu masa. Korang boleh menikmati makanan yang dipesan sambil menonton movie pilihan korang!
Pelbagai masakan dari hidangan pembuka selera hinggalah ke menu utama turut ditawarkan oleh Jin Gastrobar. Yang menariknya makanan disini bukanlah makan tersedia ada atau makanan segera, sebaliknya semuanya dimasak fresh oleh chef berpengalaman sebaik sahaja korang membuat pesanan. Dah nama pun ala-ala fine dining bukan?
Dan satu lagi! Sekiranya korang terlupa atau buat buat lupa dalam membuat pesanan makanan ,tak perlu risau, kerana korang masih boleh membuat pesanan di dalam pawagam . Ya semasa movie sudah pun bermula!
Dengan layanan 1st class macam ni pasti kejutan atau rancangan ‘dating’ korang akan berjalan dengan sempurna!
Harga tiket?
Berapa riban semua ni? Tiket nya adalah RM120 dan RM150 bagi satu tempat duduk termasuk dengan makanan dan minuman yang terpilih. Bunyi macam menarik bukan??
Lokasi?
Buat sementara ini, Aurum Theatre hanya terdapat di dua tempat iaitu di The Gardens Mall, Kuala Lumpur dan satu lagi di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
Tak salah bukan jika sesekali berbelanja mewah untuk orang tersayang, semuanya berbaloi dan korang pasti puas hati!
Saksikan video dibawah :
Satu yang pasti Aurum Theatre akan menjadi pengalaman luar biasa buat korang dan pasangan !
Foto : GSC Malaysia