fbpx
Now Reading
Masih Keliru ? Ini Perbezaan PS5 dan PS5 Digital Edition

Masih Keliru ? Ini Perbezaan PS5 dan PS5 Digital Edition

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas sekian lama menanti, Sony akhirnya mengumumkan harga konsol Play Station 5 pada majlis Playstation 5 Showcase dua hari lalu.

Meskipun belum ada harga rasmi bagi pasaran di Malaysia, harga konsol tersebut dijangka tidak jauh berbanding harga di luar negara iaitu $499 (~RM2,060) bagi PS5 (dengan cakera) dan $399 (~RM1,648) untuk PS5 Digital Edition.

Konsol ini difahamkan mula dilancarkan pada 19 November ini.

Persoalan orang ramai apakah perbezaannya? dan yang mana satu yang harus mereka pilih.

Menurut Sony keupayaan kedua-duan konsol ini sebenarnya adalah sama dimana ia mempunyai kekuatan grafik yang besar, CPU yang baik, dan storan SSD yang sangat pantas dan boleh disesuaikan.

Spesifikasi penuh

Spesifikasi seperti yang dikeluarkan Android Central

Malah kedua-dua konsol mengggunakan alat kawalan DualSense yang baru dan turut menyokong aksesori yang sama

Ketiadaan 4k Blu-Ray Drive

Jadi dari paparan di asat, satu-satunya perbezaannya adalah ketiadaaan pemacu cakera optik Blu-ray 4K Ultra HD (4K Blu-ray drive) pada PS5 Digital Edition yang dimiliki PS5 Cakera. Dah nama pun Digital Edition bukan?

Jadi dalam bahasa mudahnya, pemilik PS5 Digital Edition tidak boleh berkongsi atau bertukar permainan dengan geng-geng anda seperti yang biasa dilakukan.

Anda juga tidak boleh memainkan permainan PS4 terdahulu yang serasi dengan PS5 yang hadir dalam bentuk disc apatah lagi menonton BluRay atau Ultra HD Blu-ray memandangkan ketiadaaan pemacunya.

Foto : Android Central

Ini juga bermakana anda memerlukan capaian internet untuk memuat turun sebarang permainan atau . Selain itu anda juga perlukan penstrimen media secara online untuk menonton movie.

Jadi mana yang patut saya beli?

Bergantung kepada anda, dari segi menonton movie dan mendengar lagu mungkin tak menjadi masalah kerana kebanyakan pengguna kini banyak menghabiskan masa menonton filem dan mendengar lagu menerusi aplikasi penstriman seperti Netflix , Spotify dan sebagainya.

Malah ramai yang sudah biasa membeli permainan secara digital melalui PlayStation Store.

Selain itu ada juga berjaya mendapat penjimatan sebanyak $100 (~RM500)

Namun jika anda masih merancang untuk berkongsi dan selalu bertukar permainan bersama rakan, mungkin anda digalakkan untuk mendapatkan PS5 versi cakera.

Ini kerana ianya boleh memainkan kedua-dua media fizikal dan digital. Anda juga boleh menggunakannya dalam tempoh yang lebih lama walaupun harganya sedikit mahal dari Digital Edition.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.