fbpx
Now Reading
Lucu, Luqman Hakim Belajar Bahasa Belanda Jadi Tumpuan Warganet

Lucu, Luqman Hakim Belajar Bahasa Belanda Jadi Tumpuan Warganet

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CGWkkb0hnDi/

Baru-baru ini, gelagat Luqman Hakim Shamsudin kembali mencuri perhatian netizen dan warganet apabila videonya bersama keluarga angkatnya di Belgium tular di sosial media.

Video yang berdurasi kurang dari seminit itu, menunjukkan Luqman Hakim atau lebih dikenali sebagai Luqie ini sedang mempelajari cara sebutan nama makanan Belgium yang sedang dimakan bersama keluarga angkatnya itu.

Gelagatnya itu menyebut ‘BIEFSTUK MET PATATJES’ iaitu stik lembu dengan kentang lenyek itu sudah mendapat tontonan sebanyak 190,149 jumlah tontonan dan 19,822 tanda suka menerusi laman Instagram milik @kvkortrijk_malaysiafan sehingga meraih perhatian warganet.  

Menerusi postingan video yang dimuat naik di akaun rasmi peminat Malaysia, KV Kortrijk mendedahkan keluarga angkat Luqman kini sudah mula mengajar bahasa Belanda kepada Luqman.

Malahan, admin turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga angkat Luqman kerana mereka, Luqman dapat menyesuaikan diri dengan baik di negara mereka.

“Terima kasih banyak Arnout atas layanan mesra anda.

“Luqie menetap di sana dan pasti salah satu sebab utamanya adalah kerana anda dan seluruh keluarga anda.

“keluarga yang lucu dan bahagia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lebih menghiburkan, rata-rata ramai penyokong Luqman yang turut terhibur melihat dirinya yang cuba menyebut nama hidangan itu dengan meninggalkan komen-komen lucu.

Biarpun pemain bola sepak muda negara ini belum menunjukkan impak sebenar di atas padang bersama KV Kortrijk, namun setelah perpindahan Luqman tampak berjaya melonjak popularity kelab tersebut sejak Ogos yang lalu.

Tambah pula, penyerang muda sensasi negara ini terbang ke Belgium pada bulan Ogos yang lalu selepas menandatangani kontrak bersama kelab berkenaan selama lima tahun.  

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.