Indonesia Tumpu Pada Pencarian Alien & Planet Sama Seperti Bumi Bermula 2021
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kajian mengenai makhluk asing bukan satu perkara buat manusia. Ianya sudahpun dimulakan dari tahun 60an lagi oleh sekumpulan penyelidik barat.
Malah topik mengenai makhluk asing, UFO dan sebagainya pasti menimbulkan perdebatan hangat di kalangan peminat sains dan astronomi baik dalam dan luar negara.
Malah, banyak kerajaan di dunia kini mula meneroka dan menyelidik bidang alam semesta dengan menubuhkan agensi berkaitan termasuk dari negara kita iaitu Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKSASA) .
Namun sebuah agensi sama dari Indonesia iaitu Institut Aeronautik dan Angkasa Negara Indonesia (LAPAN) dilihat cuba mengorak langkah apabila mengumumkan akan mula memberi fokus untuk mengesan kemungkinan wujudnya makhluk asing dan tempat tinggal selain Bumi bermula tahun hadapan
Menurut seorang penyelidik LAPAN, Rhorom Priyatikanto, kajian mereka ketika ini sudah memasuki tahap perancangan strategik penyelidikan.
Mereka juga sudah mula melakukan kajian pada eksoplanet iaitu planet di luar sistem dengan tujuan utama untuk mencari planet yang mungkin berpotensi untuk dihuni
“Langkah pertama dalam mencari kehidupan lain di luar bumi adalah dengan mencari planet yang keadaannya yang dianggap dapat diduduki. Dalam rancangan penyelidikan strategik kami, tahun depan LAPAN bakal memulakan kajian mengenai fenomena sementara, iaitu fenomena yang berlaku secara tidak sengaja.
Salah satu tujuannya adalah pengesanan dan pencarian eksoplanet, “jelas Rhorom seperti dilaporkan CNN Indonesia
Ini akan menjadi kajian pertama oleh penyelidik Indonesia. Namun, kajian ini akan dimulakan sebaik Balai Cerap Nasional Timau yang dibina di Provinsi Nusa Tenggara Timur siap sepenuhnya
Selain LAPAN, beberapa negara juga sedang melakukan kajian yang sama. Malah pada awal Oktober, beberapa orang saintis mendakwa sudah telah menemui eksoplanet yang lebih baik dari bumi.
Sebagai contoh satu kajian yang dilakukan oleh ahli geologi di Washington State University (WSU) iatu Dirk Schulze-Makuch yang berjudul “In Search for a Planet Better than Earth” 24 eksolanet dari ribuan yang berjaya dikesan didapati boleh dihuni.
Namun satu masalah utama ialah planet-planet tersebut terletak 100 tahun cahaya dari Bumi. Ini bermakna tiada manusia yang mampu sampai ke sana.