fbpx
Now Reading
Bacaan Surah Al-Mulk Amar Baharin Buat Netizen Terpesona

Bacaan Surah Al-Mulk Amar Baharin Buat Netizen Terpesona

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa saja yang tidak kenal akan pelakon Amar Baharin ini kan? Dahulunya sering kelihatan di kaca televisyen kita, tetapi kini sudah agak jarang kelihatan ya?

Biarpun begitu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini terlihat masih aktif dalam berkongsikan mengenai dirinya dan juga keluarga.

Baru-baru ini, pelakon yang berasal dari Kajang, Selangor ini dikatakan baru sahaja memuat naik satu video yang memaparkan dirinya mengalunkan bacaan hafazan Surah Al-Mulk dan dikongsikan di laman Instagramnya.

“Hafalan Al-Muk (30 ayat) Salam Jumaat. Semoga Allah kurniakan rahmat untuk kita di hari Jumaat yang barakah ini amin…#almulkchallenge,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Selain itu, perkongsian video tersebut ternyata disambut baik dengan komen-komen dari netizen dan juga peminatnya, malah mereka juga memuji akan cara bacaan pelakon ini selain jadikan ianya satu motivasi buat followers yang lain.

Kredit: Instagram/@amarbaharin
Kredit: Instagram/@amarbaharin

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.