fbpx
Now Reading
Elakkan 5 Minuman Ini Semasa Bersahur Jika Taknak Haus Di Siang Hari

Elakkan 5 Minuman Ini Semasa Bersahur Jika Taknak Haus Di Siang Hari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Cabaran paling besar semasa berpuasa pastinya ialah menahan rasa haus. Berbanding rasa lapar rasa haus akan lebih menjadi-jadi disaat panas terik.

Namun tahukah anda selain cuaca panas, situasi ini juga sebenarnya kerap terjadi disebabkan pemilihan minuman kita semasa bersahur.

Menerusi laporan Hello Doktor, terdapat beberapa jenis minuman yang sebenarnya harus dielakkan semasa bersahur bagi memastikan badan dapat menyimpan air secukupnya semasa sedang berpuasa.

Jadi di bawah kami kongsikan beberapa jenis minuman tersebut untuk rujukan anda semua :

#1 Kopi

Perkongsian ini mungkin mengecewakan peminat kopi. Namun anda harus tahu yang kopi membuatkan anda berasa lebih cepat haus.

Ini kerana kandungan kafein pada kopi bersifat diuretik, dimana ia akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil sekaligus mengurangkan kandungan cecair dalam badan.

#2 Teh

Nampaknya teh juga tidak terkecuali. Tiada yang lebih menyegarkan selain meminum teh panas di waktu sahur namun ia juga sama seperti kopi, tidak sesuai diminum semasa sahur kerana kandungan kafein-nya.

Selain itu kandungan gula didalam teh anda akan menyerap bekalan air dalam badan dan membuat anda berasa lebih dahaga ketika berpuasa.

#3 Minuman Berkarbonat

Antara air yang pastinya jadi kegemaran anak muda. Namun pengambilan air berkarbonat sebenarnya akan lebih membuatkan anda berasa haus kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Bukan itu sahaja minuman sebegini sebenarnya boleh menyebabkan anda mengalami masalah pencernaan, dan menyebabkan perut anda kembung.

#4 Minuman Tenaga

Mungin agak pelik, namun minuman tenaga juga akan membuatkan anda berasa haus kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Selain daripada gula, kandungan lain yang biasanya terdapat di dalam minuman tenaga adalah kafein. Buat anda yang anda mengambil minuman tenaga amalkan tip berikut untuk mengelakkan risiko dehidrasi:

  • Ikut arahan label. Jangan minum lebih daripada saranan. Kebanyakan pengeluar menetapkan pengambilan maksimum satu atau dua tin (250 to 500 ml).
  • Beri perhatian kepada saiz hidangan. Terdapat minuman tenaga yang didatangkan dalam tin yang lebih besar seperti 473-ml. Tin yang lebih besar bermakna lebih kafein, gula dan kandungan herba.

#5 Jus Buah Dalam Tin

Tiada yang lebih menyegarkan dari meminum jus segar. Namun situasi ini berbeza jika anda mengambil minuman buah-buahan di dalam tin. Ini kerana just buah didalam tin mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi.

Namun ini tidak bermakna anda perlu berhenti meminumnya secara serta-merta tetapi kawal dan hadkan pengambilan untuk mengelakkan kesan buruk kepada kesihatan anda apatah lagi sedang berpuasa.

Lebih baik jika anda minum jus buah-buahan segar yang lebih menyihatkan seperti pisang, strawberi, atau kurma yang boleh memberi rasa kenyang yang lebih lama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.