fbpx
Now Reading
“Serius World Class!..” – Hasilkan Live Action Untuk Game Free Fire, Ramai Mahu Sofyank Terjun Buat Filem Aksi [Video]

“Serius World Class!..” – Hasilkan Live Action Untuk Game Free Fire, Ramai Mahu Sofyank Terjun Buat Filem Aksi [Video]

Ramai yang berpendapat sudah tiba masanya untuk Sofyank ke layar perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Sofyank bukan satu lagi nama asing bagi penggemar video kreatif dan pengguna media sosial.

Anak muda dari Kelantan ini sangat terkenal dengan hasil video kreatif yang begitu menakjubkan malah pernah bekerjasama dengan ramai selebriti terkenal antarabangsa seperti Will Smith, Zach King dan juga John Cena.

Boleh dikatakan semua video yang dihasilkan Sofyank dan kumpulannya baik untuk suka-suka atau untuk sesuatu promosi pasti mencuri perhatian orang khususnya dari segi kualitinya.

Terbaru Sofyank sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila berkolaborasi bersama Influencer, Asyraf Rozami dalam menghasillkan video pendek Live Action bagi mempromosikan Free Fire, permainan genre Battle Royale.

Mula ditayangkan secara rasmi di Youtube pada 22 November lalu, hasilnya bukan sahaja menakjubkan, malahan video yang mengambil masa penggambaran selama 3 hari dan kerja pasca produksi selama 1 bulan 15 hari itu nyata membuatkan ramai kagum.

Pian menerusi Instagramnya turut berkongsi aksi belakang tabir (BTS) semasa menghasilkan filem berkenaan .

Meskipun berdepan kekurangan dari segi props khususnya membabitkan senjata sebenar, video pendek berdurasi 6:45 saat itu ternyata sempurna dari segi sinematografi, suntingan dan juga VFX.

Malah kehadiran instafamous dan pengacara Podcast Malam Jumaat, Hydar Hasanudin sebagai musuh utama di dalam permainan tersebut turut menghidupkan babak-babak pertarungan sengit.

Dari Youtube ke layar perak

Perkongsian ini nyata mengujakan orang ramai sehingga ramai yang berpendapat sudah tiba masanya untuk Sofyank melangkah lebih jauh dengan menghasilkan filem aksi pertamanya.

Malah ada yang merasakan video pendek itu juga sudah setanding kualiti filem aksi dari luar negara termasuk Hollywood.

“Bagi Pian RM 1 Juta, dia akan hasilkan filem aksi terbaik “

“Kalau dapat sponsor besar, Pian boleh arahkan filem aksi Malaysia setanding filem antarabangsa”

Dah masanya ke layar perak

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.