fbpx
Now Reading
‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ 2023 Rai Hero Tempatan Tak Didendang

‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ 2023 Rai Hero Tempatan Tak Didendang

‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’, yang disambut pada 18 Mac setiap tahun, memulakan acara tahun ini dengan memperkenalkan video unik, ‘Sebuah Dunia Tanpa Mekanik’ yang dilancarkan pada 1 Mac 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Castrol, syarikat pelincir automotif terkemuka di negara ini, menganjurkan kempen ‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ yang kelima.

Kempen tahun ini yang bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia” diadakan sebagai inisiatif untuk memberi penghargaan dan meningkatkan kesedaran terhadap wira-wira tak didendang ini yang terdiri daripada pakar automobil di Malaysia.

‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ yang disambut pada 18 Mac setiap tahun, memulakan acara tahun ini dengan memperkenalkan sebuah video unik, yang dilancarkan pada 1 Mac 2023.

Video bertajuk “Sebuah Dunia Tanpa Mekanik” telah ditayangkan di platform media sosial Castrol.

Selain dari itu, Castrol juga akan menganjurkan “Pertandingan Mekanik Castrol”, menyasarkan mekanik dan bengkel Castrol Auto Servis, yang akan berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2023 bertujuan memberikan ganjaran dan penghargaan kepada mekanik tempatan.

Semua penyertaan boleh diserahkan melalui Aplikasi Motorist, aplikasi eksklusif yang disediakan khusus untuk semua bengkel Castrol Auto Servis.

“Di Castrol, kami percaya dengan nilai dan kepentingan mekanik kami, dan kami bekerja keras untuk meningkatkan kesedaran dalam meraikan perkhidmatan mereka kepada kita setiap hari. Kami menyambut ‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ pada 18 Mac setiap tahun untuk menunjukkan penghargaan kepada mekanik kami dan menyokong peranan penting yang dimainkan oleh mereka hari ini, dalam usaha memastikan pengguna jalan raya sentiasa selamat, memberikan mereka perkhidmatan terbaik apabila diperlukan. Mekanik adalah wira tanpa tanda jasa dalam masyarakat moden kita hari ini, dan Castrol mengiktiraf perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.”

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan

Semua mekanik daripada tiga bengkel terbaik, yang dibahagikan mengikut bahagian (bahagian Utara, bahagian Tengah, bahagian Selatan, bahagian Pantai Timur dan bahagian Timur Malaysia), dengan jumlah jualan tertinggi semasa pertandingan ini akan memenangi Xiaomi Redmi Note 11 Pro 6.67 inci (128GB), bernilai RM1,149.

Tiga bengkel terbaik daripada setiap bahagian itu juga akan dikreditkan dengan 8,000 Mata EZ Rewards bernilai RM800, yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran melalui platform EZ Rewards.

Sebagai salah satu lagi tanda penghargaan, Castrol turut merealisasikan impian dua orang pengguna, susulan daripada pertandingan ‘Castrol Game Changers’ yang dianjurkan dengan kerjasama ‘Premier League’.

Pemenang-pemenang bertuah itu telah diiringi ke London untuk menyaksikan perlawanan Tottenham Hotspurs menentang Chelsea pada February 2023 di Stadium Tottenham Hotspurs di mana Spurs menang 2-0. Mereka turut diberi peluang untuk mengalami layanan eksklusif bertaraf dunia yang ditawarkan oleh Stadium Tottenham Hotspurs dan meluangkan masa beramah-mesra dengan legenda Spurs, Michael Dawson.

Castrol turut melancarkan ‘limited edition packaging’ untuk Castrol EDGE 5W-40, yang menampilkan empat pemain bintang Liga Perdana, David De Gea dari Manchester United, Jesse Lingard dari Nottingham Forest, Michail Antonio dari West Ham, dan Son Heung Min dari Tottenham Hotspurs.

Untuk menonton video kempen ‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’, sila layari laman YouTube mereka di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.