Say Hola Untuk Menu Baharu ‘Fiesta Mexican’ Daripada Marrybrown [Review]
Setiap hidangan kombo Fiesta Mexicana ini didatangkan dengan segelas Fresca Fizz yang segar bersama hidangan sampingan Corn Chips dan Salsa Fresca.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Marrybrown kini tampil dengan hidangan konsep khas Mexico iaitu Fiesta Mexicana.
Menu terbaharu ini disempurnakan dengan gabungan rasa manis, masam, dan segar yang pastinya akan memikat citarasa rakyat tempatan dan ia telah mula tersedia buat para pelanggan bermula 7 Ogos sehingga hujung bulan September 2023!
Pihak Marrybrown mengeluarkan kenyataan di mana restoran ini sentiasa menyediakan ‘sesuatu yang berbeza’ untuk para pelanggan. Malah, keterujaan kali ini menawarkan pelbagai menu khas Mexico seperti Mexicana Chicken & Chip, Mexicana Chicken Wrap, Mexicana Feast, Nacho Cheesy Crunch, dan banyak lagi.
“Untuk melengkapi pengalaman yang berbeza, Marrybrown sememangnya mengutamakan sajian yang unik dalam usahasama oleh Penyelidikan dan Pembangunan kami, yang menitikberatkan kepuasan pelanggan dalam menyajikan hidangan yang istimewa. Kami sedar bahawa anak-anak muda tempatan kini lebih berani mencuba citarasa yang berbeza. Oleh itu, kami yakin bahawa Fiesta Mexicana ini akan mendapat sambutan yang positif oleh masyarakat!”
Datuk Joshua, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
BuzzKini Cuba Menu Fiesta Mexicana Oleh Marrybrown
Team Marrybrown telah menghantar kesemua menu-menu daripada hidangan Fiesta Mexicana Marrybrown untuk kami rasai dan menilai sendiri kesedapan dan keunikan menu ini.
Antara hidangan Fiesta Mexicana yang kami cuba adalah:
- Mexicana Chicken & Chips.
- Mexicana Chicken Wrap.
- Nacho Cheesy Chicken.
- Mexicana Feast.
- Apple Pie.
Ya, kesemuanya dan memang sedap-sedap belaka.
“The Taste Test”
#1. Mexicana Chicken Combo: Rasa kerangupan ayam goreng Marrybrown tidak dapat dinafikan, memang lebih juicy dan secukup rasa. Walaupun makan agak lambat, kerangupannya masih kekal. Dimakan pula dengan sos, corn chips dan Salsa Fresca – padu juga hidangan ini. Simple tapi padat.
Rating: 8/10
#2. Mexicana Chicken Wrap: Menu ini disajikan dengan kepingan ayam dan semestinya dihidangkan dengan Salsa Fresca serta sos istimewa yang agak pedas dan manis. Untuk korang yang tak menggemari hidangan pedas, mungkin Mexicana Chicken Wrap ini tak sesuai untuk korang.
Rating: 8/10
#3. Mexicana Chicken & Chips: Menu ini disajikan bersama dengan ayam rangup yang disalut bersama sos istimewa Mexicana yang manis dan pedas berserta dengan kentang goreng. Hidangan ini memang dipanggil ‘appetizer’ tapi kalau makan sampai habis, mengenyangkan sungguh. Kalau boleh kongsi-kongsi, lebih bagus. Nanti muak pula kalau makan sendiri.
Kalau korang penggemar ayam goreng rangup, Marrybrown ada juga menawarkan Kombo dua (2) ketul Mexicana Chicken juga dengan harga RM20.80 sahaja.
Rating: 7/10
Kalau korang penggemar ayam goreng rangup, Marrybrown ada juga menawarkan Kombo dua (2) ketul Mexicana Chicken juga dengan harga RM20.80 sahaja.
“Pelancaran menu Fiesta Mexicana oleh Marrybrown ini akan disusuli dengan pelbagai menu baharu yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Kami tidak sabar untuk menerima keterujaan para penggemar kami dalam menikmati keenakan hidangan terbaharu ini, sekaligus menjadikan hidangan khas Mexico ni akan menjadi menu keunggulan bagi mereka.”
Datuk Joshua, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Sekadar info, Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan sempurna.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari terus di laman web https://marrybrown.com/.
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)