fbpx
Now Reading
LEGO Group Lancar Kempen ‘Play Is Your Superpower’, Mahu Galakkan Keluarga Kembali Utamakan Masa Bermain

LEGO Group Lancar Kempen ‘Play Is Your Superpower’, Mahu Galakkan Keluarga Kembali Utamakan Masa Bermain

Kempen ini bagi menekankan kepentingan aktiviti bermain dalam kehidupan harian anda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

LEGO Group, hari ini (12 Oktober) telah mengumumkan pelancaran kempen ‘Play Is Your Superpower’ yang bertujuan menangani isu kekurangan masa bermain dalam kalangan kanak-kanak.

Bersama barisan penyokong daripada ‘Play Squad’ global, LEGO Group memberi inspirasi kepada keluarga di Malaysia untuk mengutamakan semula masa bermain.

Tidak hanya itu, mereka turut menekankan betapa pentingnya aktiviti bermain bagi tumbesaran kanak-kanak dan peranannya selama ini untuk menambahkan lagi keceriaan.

LEGO Group bekerjasama dengan Common Ground Malaysia

Bagi menjayakan lagi kempen ini, LEGO Group juga telah bekerjasama dengan Common Ground Malaysia, iaitu sebuah syarikat yang menyediakan ruang kerja terbesar di negara ini untuk mengubah ruang kerja yang biasa menjadi stesen ‘bekerja-bermain’.

Bermula hari ini (12 Oktober) sehingga 31 Oktober, ahli Common Ground yang masih aktif boleh melakukan aktiviti secara berpasukan dengan membina pejabat idaman mini mereka dengan menggunakan LEGO di cawangan Common Ground seluruh Malaysia.

Kempen ini bagi menekankan kepentingan aktiviti bermain dalam kehidupan harian anda.

Kempen ‘Rebuild The World’ antara acara yang paling dinanti-nanti setiap tahun

Pengarah Pemasaran LEGO Asia Tenggara, Rohan Mathur berkata, kempen ‘Rebuild The World’ merupakan salah satu acara yang paling dinanti-nantikan dalam kalender tahunan mereka.

“Sesungguhnya kami teruja untuk menjayakan acara ini yang mencetus kreativiti dan imaginasi sambil memupuk hubungan lebih erat di luar persekitaran rumah dan bilik darjah.

“Pada tahun ini, kami meluaskan capaiannya ke dalam ruang kerja, memberi penekanan kepada keseimbangan antara bekerja dan masa bermain.

“Kami percaya bahawa orang dewasa sama ada bersama anak-anak mereka, rakan sekerja, sahabat dan orang tersayang akan mendapat manfaat daripada aktiviti permainan,” katanya.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Sementara itu, Pengurus Negara Serantau Common Ground Malaysia Yvonne Lee pula berkata, pihaknya gembira kerana berpeluang mempelopori transformasi ruang kerja menjadi tempat-tempat menarik untuk membolehkan komuniti mereka menyerlahkan semula aktiviti mereka menerusi kempen LEGO Rebuild The World ini.

“Kerjasama kami dengan LEGO Group sememangnya satu usaha menarik yang amat dihargai oleh ahli-ahli kami yang pelbagai seperti ibu bapa dan juga orang dewasa yang bekerja.

“Usaha ini membawa mereka dengan lebih erat lagi pada peringkat peribadi, menjalinkan hubungan menerusi keseronokan bermain,” ujar Lee.

Aktiviti bermain bukan sekadar membawa manfaat kepada kanak-kanak, tetapi juga menjadikan seisi keluarga lebih bahagia dan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan serta meningkatkan kesejahteraan.

Kajian global mendapati kanak-kanak hanya luang 2% masa bermain dalam seminggu

Bagaimanapun, hasil penemuan daripada kajian global mendapati bahawa secara purata, kanak-kanak meluangkan hanya 2% daripada masa dalam seminggu iaitu bersamaan tujuh jam untuk bermain dengan satu daripada tiga menghabiskan kurang daripada tiga jam setiap minggu untuk bermain.

Kajian ini juga mendapati orang dewasa meluangkan masa 26 jam menatap telefon pintar mereka, iaitu purata lebih 3.5 jam sehari.

Kekurangan masa bermain ini amat membimbangkan bagi pakar-pakar memandangkan peranan penting aktiviti bermain dalam pembangunan keupayaan kognitif kanak-kanak di samping kesejahteraan keseluruhan mereka.

Ahli Common Ground yang masih aktif boleh sertai aktiviti ini bersama anak-anak atau rakan

Oleh itu, para ibu bapa bersama anak-anak mahupun orang dewasa yang menjadi ahli aktif Common Ground boleh lah menjalankan aktiviti bermain bersama ini di cawangan berhampiran tempat tinggal anda.

Sambil bekerja sambil bermain lego dengan aktiviti membuat pejabat idaman bersama anak-anak mahupun rakan.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen dan tonton filem ‘Play is Your Superpower’ di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.