[Review] Permainan Lego Meningkatkan Kreativiti Kanak-Kanak
Bersempena dengan kempen Play Unstoppable, BuzzKini berpeluang membina beberapa playset Lego seperti Friends Heartlake City Shopping Mall, DREAMZzz Zoey and Zian the Cat-Owl dan Animal Crossing Bunnie’s Outdoor Activities
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini The Lego Group telah mengumumkan pelancaran Play Unstoppable, satu kempen yang bermatlamat untuk memupuk kanak-kanak perempuan bereksperimen dan menyerlahkan kreativiti masing-masing secara bebas menerusi permainan.
Pengumuman pelancaran kempen tersebut telah berlangsung pada 3 Mac lalu di Sunway Velocity Mall. Memandangkan ianya masih dalam tempoh cuti sekolah, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan di sana antaranya penganjuran bengkel LEGO Creativity Camp selama beberapa hari.
Dengan kepelbagaian tema LEGO, pasti kanak-kanak perempuan dapat membina pelbagai jenis dunia mereka sendiri sekaligus bereksperimen dan mengasah kreativiti masing-masing.
Antara tema yang dilihat bersesuaian adalah seperti:
- LEGO Friends
- Disney Princess™
- Creator
- Classic
- DREAMZzz™
- Harry Potter™
- Minecraft®
- Gabby’s Dollhouse dan tema baharu Animal Crossing™
Baca artikel berkaitan: LEGO Lancar ‘Play Unstoppable’, Kempen Perkasakan Kanak-Kanak Perempuan
Bersempena dengan kempen Play Unstoppable ini juga, kami di BuzzKini telah berpeluang untuk membina beberapa playset Lego iaitu LEGO Friends Heartlake City Shopping Mall (42604), Lego DREAMZzz Zoey and Zian the Cat-Owl (71476) dan Lego Animal Crossing Bunnie’s Outdoor Activities (77047) yang baru dilancarkan.
Secara ringkasnya Lego Friends Heartlake City Community Center menampilkan pelbagai fasiliti dan kedai di sebuah pusat membeli belah 3 tingkat dari dunia Lego Friends diikuti Lego DREAMZzz Zoey and Zian the Cat-Owl yang menampilkan watak dari siri TV, Lego DREAMZzzz untuk satu misi menyelamat.
Manakala Lego Animal Crossing Bunnie’s Outdoor Activities yang baru dilancarkan pula adalah playset bertema yang diinspirasikan dari permainan video, Animal Crossing.
LEGO Friends Heartlake City Shopping Mall 42604
Set Heartlake City Shopping Mall dengan 1,237 keping bongkah ini direka seolah-olah ia pusat beli belah sebenar.
Secara ringkasnya bangunan tiga tingkat ini terdiri daripada 5 kedai utama iaitu kedai outdoor, florist, video game, kedai permainan kanak-kanak dan pusat kecantikan.
Selain itu terdapat juga kedai makanan seperti restoran mi di tingkat 3 bangunan dan kiosk aiskrim di pintu masuk utama. ‘Fasiliti’ lain yang turut melengkapkan pusat beli belah adalah seperti eskalator (yang boleh dikawal), tanaman serta air terjun buatan bersama kolam.
Yang lebih menariknya, set mainan ini turut hadir dengan tujuh karakter Lego Friends seperti Aaliya, Nova, Liann, Petch, Irene serta emak dan adik Liaann iaitu Michelle dan Victoria.
Baca artikel berkaitan: LEGO Friends Perkenal 8 Karakter Baharu, Dari Pelbagai Warna Kulit Hingga Kelainan Upaya
Aksesori role-play buat kanak-kanak lebih teruja
Sama seperti mainan Lego yang lain, setiap ruangan akan dilengkapi perincian aksesori. Bagi playset ini antara aksesori yang tersedia adalah mesin tunai, serta barangan dalam kedai (store goods) seperti kayak, papan luncur, teropong, bunga, alatan kosmetik dan banyak lagi.
Untuk merasai pengalaman ini, kanak-kanak hanya perlu memusingkan playset tersebut sekali gus mendedahkan interior di dalam kedai.
Ini secara tidak langsung mendedahkan kepada kanak-kanak apakah contoh peralatan yang di setiap kedai.
Malah kanak-kanak juga boleh bermain sambil berimaginasi seolah-olah mereka sedang membeli atau menjual di Heartlake City Shopping Mall dan menjadi sebahagian dari dunia Lego Friends.
Dari segi masa membina, kami menghabiskan masa lebih kurang 4 jam bagi menyiapkan Heartlake City Shopping Mall. Hasilnya memang berbaloi – sambil bermain, sambil meningkatkan kreativiti!
Dengan semua ciri ini, selamat untuk kami katakan yang set Lego Heartlake City Shoping Mall amat sesuai untuk menjadi medium dalam mengajar kanak-kanak bagaimana pusat beli belah berfungsi dan dalam masa sama bereksperimen dan menyerlahkan kreativiti masing-masing secara bebas.
RRP: RM549.00
Lego DREAMZzz Zoey and Zian the Cat-Owl 71476
Satu yang kami tahu, setiap kanak-kanak yang menonton siri Lego DreamZzz pasti ingin memiliki koleksi-koleksi set Lego daripada animasi ini. Jika sebelum ini ia hanya dapat ditonton di skrin, kini si kecil dapat berada dalam dunia imaginasi mereka bersama beberapa karakter Lego DreamZzz.
Oleh itu set Zoey and Zian The Cat-Owl (71476) merupakan antara yang sesuai untuk membina kreativiti dan imaginasi anak anda. Apa yang lebih menarik set ini menggunakan story-led instruction yang akan buat anak-anak anda tak sabar untuk membinanya.
Set mainan dengan 437 blok Lego ini turut datang dengan karakter dalam siri seperti Cooper, Night Hunter serta Sneak dan Snivel.
Masa yang diambil untuk membina set ini juga tidak terlalu lama sekitar satu hingga dua jam sahaja di mana ia sangat bersesuaian dan ideal untuk kanak-kanak. Ini kerana, seperti yang diketahui kanak-kanak tidak boleh memberikan fokus yang lama kepada sesuatu aktiviti.
Bagi kami proses membina set ini juga lebih bermakna sekiranya ibu bapa atau adik-beradik lain dapat bersama-sama masuk ke dalam dunia imaginasi mereka. Anda juga boleh memasuki dunia DreamZzz dan menjadi salah satu karakter sebaik set ini siap dibina. Barulah seronok!
Untuk pengetahuan anda Cat-Owl itu juga boleh ditukarkan menjadi Cat-Peacock yang mempunyai ekor cantik untuk menentang penjahat seperti Night Hunter, Sneak dan juga Snivel.
RRP: RM219.00
Lego Animal Crossing Bunnie’s Outdoor Activities (77047)
Buat kanak-kanak yang menggilai Lego dan permainan video Animal Crossing, playset ini yang baharu sahaja dilancarkan sememangnya untuk mereka.
Diinspirasikan dari permainan video itu sendiri, set Lego Animal Crossing Bunnie’s Outdoor Activities membolehkan kanak-kanak mengeksplorasi karakter Bunnie di luar skrin dengan aksesori ikonik yang terdapat di dalam game seperti khemah, bug net, penyodok dan kapak.
Dengan manual pemasangan yang mudah difahami, set mainan dengan 166 blok lego ini pastinya sesuai untuk kanak-kanak enam tahun ke atas (6+).
Dari segi pembinaan, kami menghabiskan masa sekitar 30 minit untuk menyiapkan playset ini. Apa yang menariknya, reka bentuk modular mainan ini membolehkan kanak-kanak untuk melakukan susun semula (rearrange) mengikut cita rasa tersendiri.
Sama ada si kecil mahu bermain ala-ala video game, atau melakukan role-play seperti Bunnie sedang berkhemah sambil ditemani campfire, semuanya boleh!
RRP: RM89.00
Lego perkenal banyak set baharu untuk 2024
Pada tahun ini, antara set baharu yang turut diperkenalkan Lego termasuklah:
- 42614 Lego® Friends Vintage Fashion Store
Playset yang pasti mengujakan pemain LEGO muda dengan tema busana kitar semula sambil mengajar mereka tentang kelestarian. - 43246 Lego® Disney Princess™ Market Adventure
Playset bertemakan Puteri Disney yang begitu terperinci sekali gus dapat memberikan peminat berimaginasi sambil bermain. - 31156 Lego® Creator Tropical Ukulele
Set yang menawarkan tiga pengalaman main dan bina yang berbeza. - 71476 Lego® DREAMZzz™ Zoey dan Zian the Cat-Owl
Diinspirasikan dari rancangan TV, playset ini membolehkan kanak-kanak mengembara ke dunia impian untuk membantu Zoey menyelamatkan Zian daripada Night Hunter yang jahat. - 77050 LEGO® Animal Crossing™ Nook’s Cranny & Rosie’s House
Playset rumah dan watak-watak bertemakan dari dunia Animal Crossing Set yang membolehkan kanak-kanak berimaginasi seolah-olah berada di dalam siri game popular itu.
Set Lego boleh didapati di Gedung Sah LEGO®, Gedung Rasmi LEGO di Lazada, Shopee, LEGOLAND™, dan juga peruncit dan gedung serbaneka utama di Malaysia.