fbpx
Now Reading
Tampil Bergaya Di Hari Raya Dengan Beg Tote Edisi Terhad Jotun X Christy Ng

Tampil Bergaya Di Hari Raya Dengan Beg Tote Edisi Terhad Jotun X Christy Ng

Menurut Christina Ng beg tote kolaborasi jenama itu bersama Jotun bukan sekadar menjadi kenyataan fesyen sebaliknya ia sebuah kanvas yang memberi inspirasi untuk kita membina pertalian dengan warna.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, bercakap tentang sambutan raya, pasti ia bukan hanya sekadar makanan semata-mata.

Malah bukan hanya pakaian seperti baju, kasut dan beg sahaja yang dibeli baru tetapi warna cat rumah pun haruslah baru.

Yelah Hari Raya kan diibarat seperti kita membuka satu lembaran baru dalam kehidupan jadi perlulah ia diwarnai dengan sesuatu yang cantik dan manis dipandang.

Jotun dan Christy Ng jalin kolaborasi bersama hasilkan beg tote CANVAS sempena Hari Raya

Memandangkan Hari Raya pun sudah tidak lama sahaja lagi, satu berita baik buat anda kerana Jotun telah kembali menghangatkan industri fesyen apabila menjalinkan kerjasama bersama Christy Ng untuk lebaran ini.

Kolaborasi dua jenama ini telah menampilkan pelancaran beg tote edisi terhad yang digubah dengan pelet Koleksi Warna Global 2024 oleh Jotun yang diberi nama ‘CANVAS’. Tote beg ini turut diilhamkan daripada nostalgia kemeriahan Hari Raya bersama dengan keluarga yang tersayang.

Kembalikan semangat raya menerusi beg tote ‘Bali Kampung’ yang diwarnai dengan pelet warna CANVAS

Menurut Pengurus Pemasaran Jotun Malaysia & Singapura, Yousra Lemaamer menyusuli kejayaan kolaborasi Jotun sempena Tahun Baharu Cina yang lalu, pihaknya berbesar hati untuk sekali lagi berganding bahu dengan Christy Ng dalam meraikan kecantikan warna yang melangkaui dinding-dinding bangunan yang mengelilingi kita.

“Beg tote ‘Balik Kampung’ yang dizahirkan menerusi pelet warna ‘CANVAS’ kami merupakan usaha untuk mentafsirkan budaya yang berakar umbi dalam tradisi Malaysia dari sudut yang moden. Sementara kami berhasrat untuk mengilhamkan para pemilik kediaman dengan warna-warna Jotun yang menawan untuk memberi nafas baharu kepada mahligai idaman mereka, kami juga ingin mengingatkan semua tentang semangat perayaan yang mulia ini,” katanya.

Christy Ng mahu jadikan Hari Raya pelanggan lebih bergaya

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng, Christina Ng berkata syarikat itu berbesar hati untuk meneruskan projek tersebut dengan matlamat untuk menjadikan Hari Raya pada tahun ini lebih bergaya buat para pelanggannya.

“Bersama-sama kami juga berharap untuk meraikan semangat Hari Raya menerusi gubahan-gubahan yang dapat diamati oleh audiens yang dikongsi oleh kedua-dua pihak.

“Beg tote ini bukan sahaja menjadi kenyataan fesyen, tetapi ia sebuah kanvas yang memberi insipirasi untuk kita membina pertalian dengan warna.”

Tidak hanya imbau memori balik kampung tetapi terselit emosi yang mendalam

Apa yang lebih menari warna serta gubahan pada beg ini tidak hanya mengimbau kepada memori pulang ke kampung atau pangkuan keluarga sebaliknya ia juga terselit emosi yang mendalam dan diserap daripada Koleksi Warna Global Jotun 2024 yang dinamakan ‘CANVAS’.

Bukan hanya itu, menerusi pelet warna ini, Jotun juga ingin membekalkan pemilik rumah dengan kualiti cat yang lebih berkualiti tinggi di mana ia memberikan nafas baru pada persekitaran kediaman.

Selain itu, Jotun juga ingin memastikan agar jenama ini akan terus menjadi pilihan utama dan yang terbaik buat mereka.

Cara dapatkan beg tote Jotun X Chritsy Ng

Walau bagaimanapun, pasti ada yang sudah tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan beg tote ‘Balik Kampung’ ini untuk digayakan di pagi Hari Raya nantikan?

Berikut adalah cara untuk mendapatkan beg tote kolaborasi Jotun X Christy Ng ini:

  • Beg tote boleh ditebus menerusi dalam talian dengan perbelanjaan minimum RM500 bagi produk-produk cat premium yang dikeluarkan Jotun bermula 15 Mac hingga 31 Mei 2024.
  • Beg ini juga boleh ditebus dalam talian melalui laman sesawang Jotun Malaysia atau secara fizikal di mana-mana cawangan outlet Christy Ng sementara stok masih ada.
  • Untuk penebusan di dalam talian, opsyen untuk memperibadikan beg ini juga ditawarkan, di mana pengguna boleh menjadikannya sebagai hadiah untuk ahli keluarga serta rakan-rakan.

Majestic Sense tampil dengan teknologi menyegarkan udara dalam bangunan

Untuk makluman anda selain cat premium anda juga boleh membeli cat interior Majestic Sense dan juga cat eksterior iaitu Jotashield Ultra Clean.

Majestic Sense yang dikeluarkan Jotun dijuruterai dengan teknologi udara bersih yang inovatif di mana ia boleh menyegarkan udara di dalam bangunan.

Koleksi Warna Global (GCC 2024) turut menampilkan sebanyak 23 warna yang dirumus untuk mencungkil inspirasi para pengguna yang ingin meneroka kreativiti dan jati diri mereka menerusi warna, sambil memastikan hasil yang dikecapi nampak mewah.

Tiada lagi dinding kotor dengan Jotashield Ultra Clean

Manakala bagi yang memilih Jotashield Ultra Clean, ia merupakan produk yang membawa Teknologi Antikotoran di mana akan membuatkan dinding eksterior anda membersih bersama air hujan.

Oleh itu, kolaborasi beg tote ‘Balik Kampung’ edisi terhad ini menonjolkan keharmonian antara fesyen dengan seni keindahan rumah, memberi pengguna kuasa untuk mengubah ruang peribadi dan gaya mereka dengan satu beg istimewa ini.

Pelanggan yang mengunjungi Jotun Flagship Store yang terpilih akan menerima khidmat konsultasi warna dan baucar cat secara percuma, termasuk peluang untuk menebus beg tote berkenaan.

Untuk butiran dan jadual lengkap tentang tawaran ini dengan klik di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.