‘Fitting’ Baju Pun Di Hospital – Isteri Dedah Keadaan Lan Sebelum Konsert GV 4 Bermula
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isteri kepada bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Lan, Sheila Hassim akui keadaan suaminya yang kurang sihat dan terpaksa berkerusi roda itu merupakan antara dugaan perlu dilalui oleh mereka.
Sheila mendedahkan perkara tersebut dengan memuat naik beberapa seleksi foto menerusi akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi.
Antara foto yang dimuat naik menunjukkan Lan sedang terlantar di katil hospital dan berkerusi roda ketika hadir ke sesi latihan.
“Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang membantu pergerakan sepanjang konsert juga sebelum konsert. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa kalian.
“Saya yakin korang nampak semangat Lan yang kuat untuk teruskan bertanding, sampai ‘fitting’ baju pun dekat hospital.
“Pengalaman baru untuk saya. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan rezeki masih menyebelahi anak-anak kami.
“Doakan Lan sembuh sepenuhnya sebelum separuh akhir ya, Amin,” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen di foto tersebut dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan kesihatan dan sejahteraan penyanyi kesayangan mereka.