Now Reading
Cantik Sepadan, Netizen Mahu Remy & Neelofa Berlakon Sama

Cantik Sepadan, Netizen Mahu Remy & Neelofa Berlakon Sama

Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini ramai yang tengah demam drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda lakonan hero kacak, Remy Ishak. Siapa yang menonton program MeleTOP semalam, Remy dijemput sebagai pengacara jemputan.

Menerusi Instagram, Remy turut merakamkan ucapan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk mengacarakan program tersebut dan juga kepada Neelofa yang banyak membantunya.

Diruangan komen, rata-rata peminatnya teruja di atas gandingan tersebut dan juga memuji keserasian mereka walupun pertama kali digandingkan bersama.

Ada yang ingin melihat mereka berdua berlakon sama dan disatukan dalam satu naskah. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka berdua sangat secocok dan sama cantik sama padan.

See Also

Bagaimanapun, di dalam keterujaan netizen yang mahu melihat gandingan mereka berdua, ada segelintir peminat mengingatkan untuk tidak berlebih-lebihan mengaitkan Remy dengan pelakon wanita lain memandangkan pelakon berbadan sasa itu merupakan tunangan orang.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.