Now Reading
Azar Azmi Bersyukur Diberi Peluang Berlakon Sebagai Pelacur

Azar Azmi Bersyukur Diberi Peluang Berlakon Sebagai Pelacur

Pelakon Azar Azmi  mengakui bersyukur apabila diberikan kepercayaan untuk membawa watak sebagai seorang pelacur dalam drama bersiri Nur 2.

Menurut Azar, sebagai seorang pelakon, dia harus memberikan yang terbaik untuk menjayakan watak diberikan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur apabila diberikan peluang untuk berlakon dalam drama bersiri Nur 2.

“Walaupun watak yang diberikan sebagai seorang pelacur, saya telah lakukan yang terbaik dan pengarah akan memastikan setiap pergerakan saya bertepatan dengan kehendaknya serta tuntutan skrip.

“Sepanjang hidup, belum pernah saya jumpa mana-mana individu yang bercita-cita menjadi pelacur. Namun mereka mengambil keputusan untuk tejerumus ke arah itu kerana tiada pilihan lain.

“Untuk watak ini, saya telah lakukan yang terbaik di hadapan kamera dan saya serahkan kepada penonton untuk menilai sama ada lakonan saya sampai atau tidak,” katanya kepada Gempak.

See Also

Azar berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama Nur 2 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sumber : Gempak.com

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.