Now Reading
Sangkar – Satu lagi Movie Aksi Tempatan Wajib Tonton Cuti Ini

Sangkar – Satu lagi Movie Aksi Tempatan Wajib Tonton Cuti Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B0vV3Kfhvcv/https://www.instagram.com/p/B0vMaYIlTKV/

Anda pengemar filem aksi MMA?  Jika ya, anda harus ke pawagam terdekat untuk menonton filem MMA pertama di Malaysia, Sangkar arahan Kabir Bhatia yang akan mula ditayangkan pada 29 Ogos 2019 (hari ini gaiss!)

Filem hasil kolaborasi bersama empat penerbit filem iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment turut dibarisi nama-nama besar seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika, Ray Era dan atlet MMA terkenal  James Mcsweeney.

Filem aksi berdurasi 112 minit mengisahkan Adam (Zul Ariffin), seorang atlit MMA angkuh dan  pesaing ketatnya Johan (lakonan Remy Ishak) yang sukar dikalahkan.

Namun akhirnya dalam satu pertarungan yang epik, Johan telah berjaya menewaskan Adam, hasil dari menggunakan taktik kotor . Menerima kekalahannya, Johan mengucapkan tahniah kepada Adam atas kejayaannya namun Adam menyambut ucapan tahniah itu dengan mencabar Johan bertarung di luar sangkar.

Apa yang terjadi selepas itu menyebabkan Adam menyesal dan berasa sangat bersalah. Mampukah Adam menebus kesalahan atas sikap angkuhnya ? Sama-sama kita menonton filem yang bukan sekadar pertarungan ini.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.