fbpx
Now Reading
Mira Filzah Selamat Lahirkan Anak Lelaki Pertama

Mira Filzah Selamat Lahirkan Anak Lelaki Pertama

Din tarikh kelahiran putera sulungnya itu sama seperti Mira Filzah jika mengikut kalendar Islam iaitu 9 Syawal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah yang selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Selasa pagi (10 Mei) sekitar jam 3.40 pagi.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi.

Lebih manisnya apabila tarikh kelahiran putera sulung mereka itu sama seperti Mira Filzah jika dihitung mengikut kalendar Islam, iaitu 9 Syawal.

‘Alhamdulillah… Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.

“Isteri syurgaku, Nur Amirah Filzah Badioezaman selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada jam 3.40 pagi.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat walafiat,” tulis Wan Emir.

Wan Emir dalam masa sama turut menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang sering menitipkan doa buat mereka sepanjang kehamilan isteri kesayangannya itu.

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.

“Semoga Allah merahmati dan membimbing setiap dari kita dalam perjalanan melalui kehidupan yang singkat ini.Amin,” katanya lagi.

Terdahulu, Mira dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020. Namun sekitar Januari 2022 lalu, suaminya mengesahkan pemenang anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu sudah berbadan selepas hampir berbulan merahsiakannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.