fbpx

Shuib Jadi Penyanyi, Bakal Keluar Lagu Bersama Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa tak kenal dengan Shuib Sepahtu. Suami kepada penyanyi Siti Sarah ini mula bertapak dalam dunia hiburan sebagai pelawak. Dari situ dia mula menceburi bidang lakonan diikuti pengacaraan TV dan juga radio.

Terbaru Shuib menambah satu lagi bidang dalam dunia hiburan dengan menjadi penyanyi! Wah cayalah! Difahamkan Shuib bakal mengeluarkan single pertamanya yang berjudul Sampai Tua .

Dipetik dari Gempak, lagu tersebut adalah ciptaan Aidit Alfian dan akan dinyanyikan secara berduet dengan Siti Sarah.

“Lagu ini asalnya saya dengar sebelum berkahwin lagi, memang melodi dan liriknya sedap didengar. Seperti tahun 1950-an!

Foto : IG Siti Sarah

“Kemudian baru-baru ini saya teringat balik lagu itu dan menghubungi Aidit Alfian. Syukurlah lagu itu masih ada dan kami berjumpa kemudian bersetuju untuk menghasilkan lagu itu.

“Setakat ini lagu itu belum dirakamkan lagi dan Aidit akan menyusun semula melodi itu,” katanya kepada portal berkenaan.

Shuib yang ditemui ketika majlis pelancaran produk Bubble Bee miliknya dan isteri iaitu di Shah Alam baru-baru ini dilihat teruja dengan projek nyanyian itu.

Sebagai rekod, dia sebelum ini pernah menulis lagu yang dinyanyikan Siti Sarah iaitu ‘Semakin’ yang diminati ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.