Now Reading
Kekasih Mira Filzah Anak Ahli Parlimen?

Kekasih Mira Filzah Anak Ahli Parlimen?

Kecoh sebelum ini apabila pelakon wanita idaman lelaki, Mira Filzah mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi seorang lelaki yang masih dirahsiakan identitinya.

Malah, Mira turut memberi ‘hint’ bahawa lelaki berkenaan bukanlah dari kalangan penggiat seni hiburan. Ini menyebabkan peminat tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang dimaksudkannya.

Terbaru heboh di forum Cari, ada ura-ura yang mengatakan Mira sudahpun dirisik dan bakal melansungkan majlis pertunangan September tahun ini. Menurut sumber portal berkenaan, jejaka itu dikatakan seorang arkitek , anak kepada seorang Ahli Parlimen.

Yang menariknya pasangan ini dikatakan mula dikesan bersama semalam, sewaktu hadir sebagai tetamu di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabilah.

Memetik BH Online, Mira yang diajukan soalan mengenai kekasihnya bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut buat sementara, demi menjaga permintaan kedua-dua belah keluarga

“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.

“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah… Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian.

See Also

“Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga,” katanya kepada portal berkenaan.

Dipetik dari Rotikaya ‘kekasih’ nya itu dikenali sebagai Wan Emir. Dia merupakan seorang Arkitek dan mempunyai firma sendiri . Difahamkan banyak adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Ada desas desus yang mengatakan, Wan Emir adalah teman lama Mira sewaktu di zaman belajar. Namun hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.