fbpx
Now Reading
“Aik Mana Tudung.. Da Terbang Ke?” – Netizen Persoalkan Foto Liyana Jasmay Tidak Bertudung

“Aik Mana Tudung.. Da Terbang Ke?” – Netizen Persoalkan Foto Liyana Jasmay Tidak Bertudung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai yang tahu pelakon Liyana Jasmay sudah mula bertudung sejak pertengahan tahun 2017, Namun begitu, penampilannya kini acap kali menjadi perhatian dan kritikan netizen gara-gara gaya fesyen tudungnya.

Tidak cukup di situ sahaja, malah ada kalangan netizen yang mendakwa tindakan Liyana itu seolah mempermainkan agama sehingga ramai yang meramalkan dia bakal membukanya suatu hari nanti.

Terbaru, Liyana sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila memuat naik sekeping foto menerusi Instagramnya yang memperlihatkan pelakon wanita itu dalam keadaan tidak bertudung sedang menjamu selera bersama keluarganya. Namun tidak diketahui adakah ianya diambil dari koleksi foto lamanya atau merupakan penampilan terbaru pelakon terbabit.

Gambar tersebut menimbulan tanda tanya ramai netizen terutama pengikutnya, Ada yang dilihat yang bertanyakan soalan samaada Liyana sudah benar-benar tidak bertudung, ada yang secara sinis bertanya dimana tudungnya dan ada juga yang terus mengkritik Liyana atas perkongsian tersebut.

Namun masih ada segelintir yang masih meninggalkan komen positif dan beranggapan mungkin foto tersebut adalah foto lama, tidak kurang yang berpendapat sekiranya benar Liyana tidak lagi bertudung, netizen seharusnya mendoakan dia agar kembali ke berhijab.

Apa-apa pun lebih baik kita tunggu penjelasan dari Liyana sendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.