fbpx
Now Reading
Usahawan Terkenal Anggap Tudung Harga RM1,200 Murah Undang Pelbagai Reaksi Dari Netizen [Video]

Usahawan Terkenal Anggap Tudung Harga RM1,200 Murah Undang Pelbagai Reaksi Dari Netizen [Video]

Kebanyakan warganet berpendapat harga tersebut mahal dan bentuk tudung itu sama sahaja seperti tudung yang terdapat di pasaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui tudung yang menjadi kewajipan seorang wanita beragama Islam kini turut dijadikan sebagai sebahagian daripada fesyen.

Rata-rata tudung yang terdapat di negara ini diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik dan sudah pastinya harga di pasaran adalah berbeza mengikut jenama, bahan dan corak tertentu.

Ada tudung yang dijual dengan harga serendah RM5 malah ia boleh mencecah ratusan ribu sekiranya diperbuat atau dihias dengan barang premium seperti hiasan swarovski.

Anggap Tudung Harga RM1,200 Murah

Terbaharu, tular di TikTok kenyataan jutawan tudung yang menganggap tudung berharga RM1,200 adalah murah.

Menurut usahawan tudung yang dikenali sebagai Haliza Maysuri, dia berkongsikan kepada pengikutnya bahawa kebanyakan tudung yang dipakai bukanlah berharga ratusan ribu ringgit, namun ada juga tudung murah yang dipakai olehnya.

“Viral di TikTok, tudung harga ratus-ratus ribu. Sebenarnya ada yang murah. Yang saya pakai ni, hanya RM1,200 sahaja.

“Tetap cantik, anggun menawan gitu, bukan semuanya mahal, saya pun ada pakai tudung murah,” katanya lagi.

Rasa Bersalah Pakai Tudung Murah Tapi Kasut Mahal

Namun dalam video berasingan, usahawan tersebut turut meluahkan rasa bersalah apabila harga tudung yang dipakai lebih murah berbanding kasut yang dibeli olehnya.

“Rasa bersalah pula pakai tudung murah RM1,200 ni, sebab kasut letak dekat kaki harga RM5,290 sedangkan tudung junjung atas kepala,” tulisnya menerusi video tersebut.

Kenyataan Undang Pelbagai Reaksi Dari Warganet

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Haliza nyata mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata terkejut dengan pendapat wanita berkenaan bahawa tudung berharga RM1,200 dianggap murah.

Ini kerana kebanyakan mereka berpendapat harga tersebut mahal dan bentuk tudung itu sama sahaja seperti tudung yang terdapat di pasaran berharga bawah RM30.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen berpendapat bahawa setiap orang berbeza definisi kemampuannya.

Ada yang mendoakan agar diri mereka mampu berjaya seperti usahawan wanita tersebut yang boleh menggayakan tudung berharga ribuan ringgit.

Namun pada kami, semua itu terpulang kepada diri anda sendiri. Jika mampu apa salahnya asalkan tidak berlaku pembaziran.

Malah mungkin kenyataan Haliza yang menyebut ‘murah’ bermaksud harga tudung berkenaan adalah lebih murah dari tudung-tudung lain yang dimiliknya.

Berikut antara komen warganet:

“Nasib Akak Bagitahu Harga, Kalau Tak Saya Ingat Tudung Pasar Malam”

“RM1,200 Tu Murah Ke?”

“Tapi Takde Beza Dengan Yang RM10 Punya”

“RM1,200 Boleh Gadai Tak Kalau Takde Duit”

“Mahal Atau Murah Tak Penting,Yang Penting Tutup Aurat Dengan Sempurna”

“Tudung Tu Tak Mahal, Kita Je Yang Takde Duit”

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Rekaan Busana Pengasas Tudung Bernilai RM250,000 Buat Ramai Terpukau!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tudung Termahal Di Dunia Dengan Harga RM100,000

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.