fbpx
Now Reading
Tidak Mahu Digelar Kaki Ciplak, Sharifah Rose Tukar Jenama Sekuntum Kepada Harīrose

Tidak Mahu Digelar Kaki Ciplak, Sharifah Rose Tukar Jenama Sekuntum Kepada Harīrose

Menurut Sharifah Rose, dia dan pasukan mengambil masa dua minggu hanya untuk mendapatkan nama baharu itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Februari lalu, nama pelakon dan instafamous, Sharifah Rose hangat diperkatakan di media sosial selepas dia melancarkan produk jenama sendiri iaitu Sekuntum yang didakwa menciplak nama dan konsep sebuah jenama tempatan sedia ada iaitu Sekuntom.

Isu tersebut menyebabkan Sharifah Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira dikecam netizen yang menyifatkan dia kering idea sehingga sanggup menciplak kreativiti dan jenam orang lain.

Teruk dikecam, Sharifah Rose akhirnya tampil menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak tahu kewujudan jenama tempatan tersebut sebelum dia melancarkan teaser di Instagram.

Baca artikel berkaitan : Didakwa Ciplak Jenama Tempatan, Ini Respon Sharifah Rose

Namun siapa sangka tidak sampai beberapa bulan, Rose akhirnya tampil mengumumkan dia sudah menukar jenama perniagaannya itu dari Sekuntum kepada Harīrose.

Perkara tersebut dikongsikan Rose menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada petang Jumaat, 8 April.

“Hari ini, saya bangun dengan rasa yang begitu segar. Mungkin pelangi yang saya nampak semalam, atau mungkin kerana saya tidak tidur menyebabkan saya berkhayal. Tapi apa pun di sebalik semua ini, saya ingin mengingatkan diri saya agar sentiasa memilih diri sendiri.

“Memperkenalkan Harīrose, satu nama dan juga peringatan. Untuk kali ini, saya akhirnya meletakkan diri saya (terlebih) dahulu. Dan saya harap kamu juga begitu,” tulis Rose di ruangan kapsyen.

Difahamkan perubahan nama ini dilakukan serentak dengan pelancaran koleksi raya Harīrose yang dilakukan secara live di Instagram miliknya.

Akui ubah sebab isu jenama terdahulu, ambil masa 2 minggu untuk nama baharu

Menurut Rose, dia dan pasukannya mengambil masa dua minggu hanya untuk mendapatkan nama baharu itu. Ini bagi memastikan tiada produk atau perniagan lain yang menggunakan jenama yang sama.

“Perubahan jenama ini dilakukan sebab isu sebelum ini. Kami jadikan ia sebagai pengajaran. Pihak kami ada individu tersebut dan dia nak kekalkan nama jenamanya.

“Jadi saya dan team pun ambil keputusan untuk tukar nama jenama selari dengan pelancaran koleksi raya terbaru. Memang ambil masa yang lama juga nak brainstorming idea nama baharu.

“Kami ambil masa dua minggu juga nak dapatkan nama itu. Bila suggest nama, kami akan periksa dulu dekat semua platfrom agar tiada jenama yang sama menggunakan nama itu.

“Nama ‘Rose’ pula memang ramai yang guna… kali ini memang kami lebih berhati-hati. Kesilapan yang sebelum ini dijadikan pengajaran,” kata Rose kepada mStar.

Dia menerusi satu IG Live turut melancarkan koleksi tudung rayanya yang diberi nama Serasi mengikut kesesuaian beraya kali ini yang dapat diraikan bersama sahabat dan juga keluarga.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.