fbpx
Now Reading
Ini Tudung Termahal Di Dunia Dengan Harga RM100,000

Ini Tudung Termahal Di Dunia Dengan Harga RM100,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CD0oMkSBGvw/https://www.instagram.com/p/CD0oghkhkHR/

Percaya atau tidak sehelai tudung buatan designer tempatan harganya mampu mencecah nilai RM100,000.

Tudung ini difahamkan milik kepada founder Bawal Exclusive, Haliza Maysuri kemudiannya berjaya melakarkan sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal di dunia!

Memetik Gempak, Haliza berkata sewaktu dia dihadiahkan batu kristal oleh , pengeluar batu kristal tersohor dunia, Swarovski, dia hanya mampu menangis dan terkedu.

“Saya menangis tak terkata ketika mendapat hadiah yang sangat luar biasa ini. Terlalu gembira…

“Tidak sangka sama sekali hajat saya untuk melihat kilauan batu kristal Swarovski direalisasikan pada sehelai tudung,” katanya kepada Gempak.

 DIfahamkan hadiah ini sebagai tanda penghargaan kerana syarikatnya merupakan pemborong kepada syarikat batu kristal terbesar di dunia itu.

Dengan taburan 7,512 butir batu kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk pada tudung tersebut maka tidak mustahillah harga sebegitu tinggi

Tambah Haliza lagi , pembuatan tudung berdiameter 1.14 meter itu juga mengambil masa yang agak lama itu 13 hari bersamaan 320 jam oleh tenaga pekerja di Austria sekaligu menjadi projek tudung paling lama untuk disiapkan syarikat berkenaan.

Perkara sama turut dikongsikan Pengurus Jualan Swarovski Malaysia, Teo Zi Wei

“Proses menyiapkan tudung ini mengambil masa yang lama kerana ia perlu dilakukan dengan teliti dan mengambil kira posisi tudung apabila dipakai.

“Tambah pula ia dihasilkan oleh pekerja di Austria yang tidak biasa dengan tudung bawal,” katanya.

Tudung pemberian Swarovski itu difahamkan bakal dipamerkan di butik Bawal Exclusive selepas siap pada 1 September depan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.