“Dah Macam Soft P*rn” – Aliff Syukri Dikritik, Buat Video Promosi Tudung Seolah Sedang On*ni [Video]
Ada yang merasakan usahawan itu agak keterlaluan dalam melakukan promosi kerana video itu langsung tiada kaitan dengan tudung selain dia dilihat seperti sengaja mengetengahkan elemen softp*rn.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Nama usahawan kontoversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perbualan netizen selepas dia memuat naik sebuah video untuk mempromosikan tudung terbaharu keluarannya syarikatnya, AS Hijab.
Menerusi video tersebut, Aliff yang sedang bersandar di atas katil bersebelahan isterinya, Datin Seri Nur Shahida dilihat seolah-seolah sedang beronani di bawah selimut.
Reaksi muka dan gerakan tangannya membuatkan Shahida yang sedang tidur di sebelah terjaga lantas menarik selimut berkenaan dan mendapati suaminya itu hanya sedang memetik ukulele.
Perkongsian video tersebut ternyata menarik perhatian pengikutnya dan orang ramai di mana rata-rata dilihat kurang senang dengan jalan cerita video promosi berkenaan.
Ada yang merasakan usahawan itu agak keterlaluan dalam melakukan promosi kerana kandungan video itu langsung tiada kaitan dengan tudung selain dia dilihat seperti sengaja mengetengahkan elemen softp*rn.
Malah ia turut menarik perhatian seleberiti seperti Caprice malah ibu Aliff sendiri iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang lantang menempelak perbuatannya.
Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen :