fbpx
Now Reading
“Daddy Jaga Hamzah Ye” – Janji Fad Pada Anak Abam

“Daddy Jaga Hamzah Ye” – Janji Fad Pada Anak Abam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Fad Bocey yang baru pulang dari percutian bersama keluarga di di Tokyo berjanji akan menjaga anak tunggal Allahyarham Abam, sama seperti anak nya sendiri bagi memastikan  anak kecil itu tidak kehilangan kasih seorang bapa

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fad memuat naik sekeping foto dirinya di sedang mendakap Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia lapan bulan.

Menerusi perkongsian itu juga, Fad menyuarakan hasrat hatinya untuk menjaga anak kecil itu.

“Daddy jaga Hamzah ye nak. Anak daddy empat orang sekarang,” katanya berserta hashtag #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah.

Perkongsian dari Fad atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam itu telah mendapat perhatian sahabat sert pengikutnya sehingga berjaya meraih lebih dari 400,000 tanda suka

Rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya smenyokong dan memuji tindakan Fad serta Achey untuk berkongsi kasih sayang dengan Hamzah dalam memastikan anak kepada sahabat baiknya itu sentiasa mendapat kasih seorang ayah.

Terdahulu Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Gombak pada Isnin lalu.

Majlis pengembumian dan solat jenazah berjalan dengan lancar dan lebih dua ribu tetamu yang hadir bagi memberikat penghormatan terakhir buat Arwah Abam

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.