fbpx
Now Reading
Dituduh Anti LGBT Sehingga Lirik Video Akhir Zaman Dipadamkan Youtube, Ini Jawapan Dari Bunkface

Dituduh Anti LGBT Sehingga Lirik Video Akhir Zaman Dipadamkan Youtube, Ini Jawapan Dari Bunkface

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B9YtQQrHqZ2/

Nampaknya lirik yang didakwa membawa kebencian pada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT) pada lagu Bunkface, Akhir Zaman akhirnya telah menyebabkan lirik video lagu itu akhirnya dipadamkan Youtube

Malah ada segelintir netizen yang meraikan keputusan berkenaan seolah-olah ia adalah satu kemenangan buat mereka dan kekalahan buat kumpulan band tersebut.

Buat Bunkface pula, selepas beberapa ketika mendiamkan diri, mereka akhirnya tampil menjelaskan pendirian mereka bahawa lagu Akhir Zaman sebenarnya tidak bermaksud membenci golongan berkenaan.

Sebaliknya, tujuan lagu Akhir Zaman ditulis dan dihasilkan untuk adalah untuk mereka yang beragama islam selain sebagai mesej teguran kepada gerakan komuniti itu yang semakin meluas di negara ini.

“Kami menerima segala kritikan positif mahupun negatif… Alhamdulillah berdasarkan komen-komen yang kami terima, majoriti rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada mesej yang cuba kami sampaikan. 

“Kami ingin memberi penjelasan mengenai isu lirik lagu Akhir Zaman yang dikatakan segelintir pihak sebagai mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.

“Perkataan LGBT digunakan dalam lirik lagu ini bukanlah dituju kepada individu, tetapi menjurus untuk pergerakan komuniti LGBT yang semakin meluas di seluruh dunia, terutama kepada mereka yang beragama Islam di negara ini.

“Sekali lagi, kami tekankan bahawa kami tiada niat mahu membenci mana-mana individu atau mempromosikan kebencian terhadap mereka. 

Menerusi kenyataan itu juga, Bunface menegaskan lagu tersebut ditujukan kepada umat Islam dan tidak sepatutnya mereka mempersoalkan mengenai hukum serta larangan yang telah ditetapkan dalam agama.

“Yang kami tentang adalah gerakan LGBT yang sedang mempromosikan hak secara terangan di Malaysia. Lagu ini ditujukan khas kepada mereka beragama Islam dan bangsa Melayu.

“Yang haram tetap haram. Definisi Islam itu sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-Nya. Jadi, siapalah kita untuk mempersoalkan hukum hakam yang ditetapkan Allah SWT,” tulis Bunkface menerusi akaun Instagram mereka

Terdahulu, lirik video lagu Akhir Zaman yang dimuatnaik di Youtube telah menjadi topil hangat di Twitter apabila didakwa mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.

Ekoran dari itu Youtube akhirnya bertindak memadam lagu berkenaan yang ketika itu sudah mendapat lebih 700,000 dan 9000 komen dari pangkalan data mereka .

Biarpun lirik video lagu Akhir Zaman sudah tiada di YouTube, peminat yang ini mendengar lagu berkenaan boleh menstrim karya tersebut di platform muzik digital seperti Spotify, Joox dan Deezer.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.