fbpx
Now Reading
Role Pengarah Digugurkan Lepas Sunting 90% Filem Mat Kilau, Areel Tak Izin Karya Ditayangkan

Role Pengarah Digugurkan Lepas Sunting 90% Filem Mat Kilau, Areel Tak Izin Karya Ditayangkan

Menurut pengarah, Areel jika pihak produksi ingin menggunakan karya yang telah dilakukan olehnya mereka perlu memberinya penjelasan mengenai penguguran nama tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan pada tahun 2022 lalu tidak dinafikan telah mendapat sambutan yang sangat membanggakan.

Malah aksi-aksi dan dialog digunakan oleh para pelakon di dalam filem itu turut menjadi bualan mulut masyarakat yang telah menontonnya.

Sehubungan itu, pihak produksi filem terbabit sedang di dalam proses untuk mengadakan sekuel Mat Kilau yang diarah oleh Areel Abu Bakar.

Nama digugurkan dari jadi pengarah filem sekuel Mat Kilau

Namun tiada angin tiada ribut tiba-tiba, Areel memaklumkan namanya telah digugurkan daripada role pengarah filem tersebut sejak April lalu.

Malah Areel masih menantikan penjelasan berhubung perkara itu daripada syarikat produksi iaitu Studio Kembara Sdn Bhd.

Jika ingin gunakan karya dihasilkan, pihak produksi perlu tampil beri penjelasan kepada Areel

Ujar pengarah berusia 37 tahun itu, jika pihak Studio Kembara Sdn Bhd mahu menggunakan karya yang dihasilkannya iaitu 90% di dalam filem terbabit pihak tersebut perlu tampil untuk memberikan penjelasan.

“Kalau mereka masih nak guna karya saya, mereka kena berjawab dengan saya atau saya akan lakukan sesuatu. Kalau tidak, jangan guna terus dan kalau pandai, buat semuanya semula.

“Karya ini bukanlah satu perkara yang orang sesuka hati boleh cuit sana dan sini. Kemudian, kalau busuk nanti, nama kita juga akan tercalar,” ujarnya ketika ditemui Harian Metro.

Jika tiada perundingan antara mereka, pihak produksi perlu jalani semula pengambaran

Dia turut memaklumkan jika tiada perundingan maka Areel minta produksi untuk memadam setiap karya yang dilakukan olehnya.

Selain itu, mereka juga perlu melakukan penggambaran filem terbabit semula namun sehingga kini pihak terbabit tidak memberikan sebarang surat terhadap Areel.

“Saya tak mahu filem saya ada nama orang lain”

Tegas Areel lagi, apabila disoal alasan mengapa nama digugurkan pihak produksi tidak dapat mengemukakan jawapan kepadanya.

“Ketika perkara itu berlaku, saya sudah maklumkan kepada mereka bahawa saya tak mahu filem saya ada nama orang lain (pengarah). Kalau mereka ‘gentle’, buang semua bahagian yang saya sudah buat, dan buat semula. Saya orang yang mudah. 

“Tapi, mereka diam sampai sekarang dan saya tak dapat sebarang surat lagi. Bila saya tanya sebab dan alasan, mereka tak boleh beri jawapan pun,” jelasnya lagi.

Dikatakan guna perbelanjaan besar, Areel jelaskan kewangan dikendalikan oleh pihak produksi

Ditanya berhubung terdapat dakwaan pengarah bagi sekuel filem Mat Kilau tersebut menggunakan wang perbelanjaan yang besar dari yang ditetapkan, Areel menjelaskan kewangan ditadbir oleh produksi.

“Mengenai dakwaan melebihi perbelanjaan (overbudget) itu adalah perkara pertama pihak mereka beritahu saya. Namun, saya jelaskan kepada mereka, bukan saya yang pegang duit. 

“Segala perbelanjaan diuruskan oleh pihak mereka. Bahkan, ketika kami jalani penggambaran pun, tidak ada hari tambahan atau apa. Bahkan, kalau kami berjaya selesaikan penggambaran, kami masih lagi jimat tujuh hari daripada jumlah hari yang sudah ditetapkan. Lagi pula, kami bekerja mengikut jadual,” katanya. 

Belum terima baki bayaran sekitar 40%-50%

Ketika disoal pula berhubung bayaran kepadanya, pengarah itu memaklumkan dia belum menerima bayaran penuh bagi karya yang telah dilakukan.

Ujarnya masih terdapat baki bayaran sekitar 40%-50% dan ia dibayar menerusi beberapa fasa.

“Jadi, sepatutnya apabila saya dah selesaikan kerja saya, mereka kena lunaskan. Kalau nak diikutkan, mereka tak boleh menolak pun sebab bukan pihak kami yang berhenti,” ucap Areel yang juga pengarah bagi filem Walid.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.