fbpx

“Nampak Buruk Dekat IG Aku Nanti” – Nabila Huda Selektif, Enggan Review Foto Tak Senonoh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon, Nabila Huda kini lebih selektif dalam memilih produk yang bersesuaian untuk dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, segelintir selebriti pernah dikecam akibat memuat naik produk review atau iklan yang memaparkan wanita seksi di laman Instagram mereka.

Hal itu, membuatkan segelintir netizen kurang senang akan tindakan sesetengah selebriti yang tidak menapis ‘bahan content’ yang diterima oleh selebriti tersebut.

“Kalau tengok di Instagram saya, tak banyak review sebab saya kawal benda itu. Kita faham orang bisnes tapi dalam hal ini lebih baik kalau kita tak terima gambar yang mereka bagi.

Nabila Huda, 35, berpendapat bahawa yang mengawal sosial media adalah diri sendiri, jadi perlu lebih selektif dalam membuat keputusan yang diambil.

Nabila menerima jika ada yang mahu dirinya mereview produk, namun syaratnya perlu mengikut caranya dan tidak memaksanya mengunakan gambar yang tidak sepatutnya.

“Sebenarnya kita yang kawal laman sosial kita sendiri contohnya kalau iklan besarkan payudara janganlah post gambar itu pula.

“Macam saya kalau orang nak suruh review saya boleh saya tapi mereka kena ikut cara saya dan tak boleh paksa post sesuatu gambar yang tidak sepatutnya… nampak buruk dekat IG aku nanti!,” ujarnya mengenai isu terbabit.

Sebelum ini kita melihat beberapa selebriti termasuk instafamous memuat naik video di Instagram yang memaparkan iklan produk untuk wanita.

Namun, tindakan mereka mendapat kecaman dari netizen sehingga ditegur agar menyemak kembali produk berkenaan sebelum membuat ulasan atau menapis sebelum post ke laman sosial.

Tambah pula, anak kepada Amy Search ini lebih selesa menjadikan sosial medianya sebagai platform untuk berkongsi perkembangan peribadi dan karier seninya.

“Kita faham sesetengah orang guna IG untuk tambah pendapatan dan rezeki… macam saya cuma nak kongsi kehidupan dan pekerjaan, saya hadkan perkongsian di sosial media dan kalau perlu kongsi saya akan kongsi.

“Sosial media ini adalah temoat peminat nak dekat dengan kita, kalau terlalu banyak review orang akan bosan.

“Tapi mungkin ada sesetengah orang jadikan review itu sebagai kerjaya mereka… terpulanglah, masing-masing ada pendirian sendiri,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.