fbpx

3 Minggu Berjauhan, Ashira Sebak Tonton Video Anak Lap Air Mata Tonton Persembahannya Di GV7

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam berlangsungnya konsert minggu ke-2 Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang menyaksikan penyingkiran Haslinda.

Namun disebalik konsert semalam antara perkara yang menjadi tumpuan apabila terlihat video anak tunggal Ashira, Megat Shazril yang dilihat menyeka air mata sewaktu menonton persembahan ibunya di GV7

Difahamkan Ashira bersama anaknya sudah tiga minggu tidak bersua sejak GV bermula apatah lagi dia kini terpaksa tinggal bersama makciknya Shasha Aziz iaitu kakak kepada Ashira.

“Anak u terharu dan menangis,” tulis Shasha video tersebut

“Saya rindu anak saya”

Memetik Gempak, Ashira yang dihubungi jelas gagal menahan sebaknya saat diaju soalan mengenai perkara tersebut

“Saya rindu pada anak saya. Berjauhan dengan anak itu, perasaannya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Buat sementara ini saya tinggal dengan seorang lagi kakak di Ampang, sementara Megat Hazril di Shah Alam.

“Tidak mampu saya menahan perasaan ini apabila melihat dia menangis di depan kaca televisyen melihat saya,” kata Ashira .

Nalurinya sebagai seorang ibu terus menangis sejurus menonton video yang dimuatnaik kakaknya itu.

Alami kesempitan wang, di halau dari rumah kerana tiada pendapatan

Terdahulu kisah Ashira bersama anaknya yang dihalau keluar dari rumah mengejutkan orang ramai .

Dia difahamkan terpaksa akur dengan arahan pemilik rumah kerana gagal membayar sewa selama enam bulan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kerana kehilangan sumber pendapatan sebagai penyanyi di sebuah kelab .

Segala usahanya termasuk menjual laksa, membantu kawan berniaga secara online selain membuat live di Bigo tidam mampu menampung kos untuk membayar sewa rumah sebut.

Susulan dari itu dia terpaksa menghantar anaknya ke rumah kakaknya Sasha memandangkan dia sendiri terpaksa menumpang di rumah seorang lagi kakaknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.