fbpx

Bella Dally Mohon Maaf, Perjelas Salah Faham Dakwaan Langgar PKPB, Berbasikal Rentas Negeri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CGmHBVNhMRF/

Sejak pagi tadi media sosial hangat memperkatakan mengenai penahanan seorang pelakon wanita bersama rakannya selepas mereka didakwa melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengayuh basikal merentasi negeri.

Aktres tersebut difahamkan ditahan sewaktu tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 8 malam tadi sebelum dibebaskan dengan jamin polis

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu apabila melihat hantaran dimuat naik artis wanita terbabit di akaun Instagram pada 3.14 petang semalam.

“Kami melihat ada satu gambar dimuat naik pada hantaran itu yang memaparkan dua wanita sedang berbasikal.

“Gambar itu diambil secara swafoto oleh pemilik akaun berkenaan yang juga artis wanita terbabit berusia 29 tahun itu.

Meskipun tiada sebarang nama yang dipaparkan netizen sepakat menyatakan ia adalah Bella Dally jika dilihat pada posting yang dikongsikannya di instagram semalam dilihat selari dengan maklumat laporan tersebut.

Terbaru Bella Dally menerusi satu kenyataan tampil menafikan dia yang mengingkari rahan PKPB tersebut . Jelasnya dia sudahpun memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.

“Apa yang berlaku pada Ahad lalu (18 Oktober 2020) saya dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara negeri Selangor dan Pahang.

Berpunca dari satu posting Instagram

“Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen “Woohoo Genting Sempah with …” dan ia menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya telah merentasi antara dua negeri dan melanggar PKPB.

“Saya ambil maklum kekeliruan yang berlaku namun perlu saya jelaskan kami masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri,”

“Jika benar sudah tentu ada papan tanda & garis sempadan”

Jelas Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 29 lagi, sekiranya benar dia berada di sempadan , pasti terdapat papan tanda dan garis sempadan sebagai rujukan di antara negeri Selangor dan Pahang

“Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.

“Apapun saya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada posting di Instagram saya tempoh hari.

“Harap ia merungkai kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

“Saya memohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” ujarnya lagi. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.