“Ini Semua Mulut Hangsuang” – Diundang Ke MeleTOP, Diva AA Perjelas Tiada Isu Dengan Nabil
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini nama pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad menjadi topik hangat netizen dan peminat dunia hiburan selepas dia dikatakan memerli ‘kehadiran semula’ Azwan Ali atau kini lebih dikenali dengan gelaran Diva AA di dalam dunia pengacaraan.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Nabil yang menyebut perkataan ‘Selfie Stick’ sewaktu menjadi hos rancangan realiti Gegar Vaganza (GV7) membuatkan orang ramai mengaitkannya dengan Diva AA yang kebetulan sedang mengacarakan satu lagi rancangan berbeza iaitu Lagu Cinta Kita 2.
Isu ini kemudiannya menyebabkan Nabil dikecam hebat netizen di beberapa platform media sosial baik di Facebook hinggalah ke Twitter.
Namun semuanya terungkai malam tadi apabila Diva AA dijemput hadir sebagai tetamu ke program MeleTOP yang turut di hoskan Nabil bersama hos jemputan, Cik Manggis.
Menurut Azwan, dia agak kesal kerana orang ramai seolah cuba melagakan dia dengan Nabil dengan memperbesarkan isu berkenaan.
Jelasnya dia sebenarnya langsung tidak terkesan dengan kenyataan Nabil apatah lagi pelawak tersebut langsung tidak menyebut namanya.
“Ini semua kerja mulut hangsuang”
“Ini semua kerja mulut-mulut hangsuang ni. Aku dengan Nabil tak ada apa-apa pun. Setakat Nabil nak cakap macam tu…kenapa you all perlu nak besar-besarkan isu?
“Knowing Nabil kan…Adoi…lepas tu saya dapat bertalu-talu mesej orang mengadu fasal Nabil. Untuk apa?,” Saya sudah tahu cerita sebenar.
“Jihan sudah jelaskan semuanya kepada saya. Perlu ke kau orang semua tahu? Kau siapa?” Nabil tak sebut pun nama aku, aku nak saman pun tak boleh,” katanya.
Pernah ada isu tapi sudah berdamai
Jelas Azwan lagi, dia tidak menafikan sebelum ini pernah mempunyai konflik bersama Nabil suatu masa dahulu namun mereka sudahlama berdamai. Malah menurutnya dia juga sudah mengganggap Nabil seperti adiknya sendiri
“Isu Nabil tak tegur saya ketika kami terserempak tu dah lama dah. Kami dah lama berdamai and we have no issue now…so?
“Podah! Podah! Podah! Setakat kau kecam caci aku, aku dah alami lama dah. Nabil ni adik aku lah! So?,” kata Azwan sambil mengingatkan orang ramai untuk tidak lagi membangkitkan isu ini
Tonton video penuh di bawah :