fbpx
Now Reading
“Bab Artis Cepat Sahaja Nak Komen” – Isu Lamaran Uqasha, Michael Ang Kritik PU Rahmat?

“Bab Artis Cepat Sahaja Nak Komen” – Isu Lamaran Uqasha, Michael Ang Kritik PU Rahmat?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Jika anda ingat baru-baru ini aktor Kamal Adli telah melamar aktres Uqasha Senrose secara langsung di Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME 2020).

Dia yang duduk melutut sebelum melafazkan kata lamar kemudiannya menyerahkan sebentuk cincin kepada Uqasha sehingga mendapat tepukan gemuruh dari krew dan penonton.

Meskipun dianggap romantis dan sweet, ada yang kurang bersetuju dengan lamaran terbuka tersebut yang disifatkan hanya mengikut budaya barat dan terpesong dari agama.

Antaranya adalah pendakwah muda PU Rahmat. Menurut beliau tindakan melamar secara terangan tidak dianjurkan dalam Islam. Ini demi menjaga air muka lelaki jika lamaran mereka ditolak

Malah menurutnya pernikahan bukan sahaja melibatkan dua jiwa tetapi dua buah keluarga.

Terbaru pengarah pula Michael Ang tampil memberikan pandanganya berhubung isu tersebut. Dia menerusi perkongsian di Instagram dilihat kurang gemar dengan sikap sesetengah pendakwah yang padanya hanya gemar mengulas perihal artis sebaliknya menyembunyikan kelakuan buruk rakan-rakan mereka. 

“Aku tidak faham Pencetus Ummah (PU) ini bila bab artis buat sesuatu benda cepat sahaja mereka mahu komen. Sebab apa? Cepatlah mereka popular.

“Aku tidak faham bila seangkatan mereka senyap sahaja. Pasal PU tunjuk bebird [burung] diam sahaja. Cerai isteri masa mengandung senyap sahaja. 

“Dituduh merogol pun senyap sahaja. Tetapi bila pasal artis ada sahaja mereka hendak cakap. Tidak faham aku. 

“Kalau hendak cepat popular buatlah sesuatu yang betul-betul baik seperti Ebit Lew,” katanya lagi menerusi video tersebut.

Tonton video penuh di bawah :

“Salam semua… Video Meroyan”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.