fbpx
Now Reading
“Malam Tadi Dapat Tahu Aku Positif Covid-19” – Aeril Zafrel

“Malam Tadi Dapat Tahu Aku Positif Covid-19” – Aeril Zafrel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Aktor terkenal, Aeril Zafrel hari ini menerusi satu perkongsian di Instagram mengesahkan yang dia dan pengurus kini positif Covid-19.

Menurut Aeril, dia mengetahui perkara tersebut selepas menerima keputusan ujiannya semalam.

“Malam tadi aku mendapat perkabaran aku positive covid19.. Isnin aku pergi ke rumah pembantu/ pengurus aku sebab dia demam. Jadi aku ke sana sebab kebiasaan nya aku yang akan jaga kalau dia sakit teruk sebelum ni.

“Jadi sebab hari pun da lewat jadi aku buat keputusan untuk tidur sana. Esoknya aku angkut dia pergi ke klinik dan ambil swab test PCR sekali dengan aku.

“Rabu.. keputusan keluar, aku dan pengurus disahkan positif” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Tambah Aeril lagi, sebaik mengetahui yang dia sudah positif. Dia terus mendapatkan khidmat sebuah klinik untuk membuat ujian ke atas isteri dan anaknya, Selain itu dia turut melakukan ujian untuk semua pekerjanya.

“Swab test RTK kesemua mereka negative dan masih menanti result PCR pulak .. doakan negative juga”

Aeril terus membuat ujian untuk keluarga dan pekerjanya sebaik mengetahui yang dia dan pengurus positif Covid-19

Perkara sama turut dikongsikan Wawa di akaun instagramnya. Dia turut memuat naik video sedang menjalani swab test dirumah bersama kesemua anak mereka .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.