fbpx
Now Reading
Cuba Nasib Di American Idol, Nyanyian Penyanyi Malaysia Cheryl K Sentuh Hati Lagenda Lionel Richie

Cuba Nasib Di American Idol, Nyanyian Penyanyi Malaysia Cheryl K Sentuh Hati Lagenda Lionel Richie

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Baru-baru ini penyanyi Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Cheryl K, 24, telah mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat program realiti American Idol bagi musim baharu.

Meskipun tidak terpilih untuk ke peringkat seterusnya, nama Cheryl K menjadi sebutan selepas nyanyianya sewaktu uji bakat tersebut mendapat pujian penyanyi lagenda, Lionel Richie yang begitu diminatinya.

Lebih mencuri tumpuan apabila impian Cheryl untuk berduet bersama Lionel Richie ditunaikan lagenda tersebut yang juga merupakan juri bagi pertandingan berkenaan.

Mereka kemudian mula menyanyikan lagu hit nyanyian Lionel Richie bersama Dinaa Ross pada tahun 1981, Endless Love dengan Cheryl dilihat memegang anjing peliharaannya yang diberi nama Jimmy Choo.

Nyanyian duetnya bersama Cheryl K atau nama betulnya Cheryl Koh itu nyata menyentuh hati Ritchie.

“Kamu telah mengembalikan kenangan manis dan membuatkan saya menitiskan air mata hari ini,” kata penyanyi legenda tersebut.

Perkara sama turut dikongsikan Richie menerusi satu ciapan di laman Twitternya.

Malah menurut Lionel Richie dan dua lagi juri iaitu penyanyi terkenal Katy Perry dan Luke Bryan, mereka beranggapan dia mempunyai masa depan yang cerah dan meminta penyanyi muda tersebut untuk terus memburu impiannya.

Meskipun tidak terpilih, Cheryl dilihat begitu teruja apabila dapat memenuhi impiannya.

” Saya bangga dengan diri saya sendiri kerana cukup berani mencubanya. Saya juga bersyukur kerana dapat menyanyi dengan Lionel Richie” kata Cheryl .

Sebagai rekod, lagu nyanyian Cheryl Money, That’s What I Want) yang merupakan lagu klasiik milik Barret Song dijadikan lagi sebagai pembuka filem Hollywood, Crazy Rich Asian pada tahun 2018.

Semoga Cheryk terus sukses dalam kareer muzik nya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.